Friday, October 30, 2009

pump @ pam....nk stril ker tak

Kengkawan..hehehe.. mcm ramai org masuk blog nie...tadi baca forum SI - susuibu..nk cuci ker tak kita punya pam tu...dan banyak pendapat kat situ..ni dapat kat situ gak....salah satunya memang kerap aku buat...terutamanya waktu malam @ aku pam pagi² tu (aku nie kan kerap pam..jadi memang tak larat ..tiap kali pam..tiap kali tu basuh heheheh a.k.a malas + dah mlm tu kan ngantuk). Harap klu kawan² ada terbaca. bole la membantu pendapat² tu...

Friday, October 23, 2009

Didik anak

Pagi tadi dapat email dr seorang kawan, artikelnya bes juga..cara merangsang anak....bila aku baca, tak lah susah sgt nk buat. Sebab tak susah tu lah aku selalu lupa..sebenarnya anak² nie ada cara nk mendekatinya..aku bole buat kat echa..tapi rasa terkilan, tak dapat praktikan cara² tu kat along ngan kakak...tapi tak apa, aku blom terlambat...dia org ada kat depan mata aku (kecuali aku gi kerja la kan..heheheh)..jadi sedikit sebanyak..bole buat juga..buat sahabat tersebut...terima kasih ya che'as..bg akak email tu..akak suka..dan akak nk letak kat blog akak ni...utk org pertama yg mem"foward" email ini..terima kasih, sudi kongsi ilmu tersebut (cewaaahhh...ayat skema dah kuar dahh).

Inilah artikel tu...mudah² dapat di manfaatkan, insya'allah..


Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Semoga bermenfaat!

Tuesday, October 20, 2009

Cd lagi

Dah lama betol rasanya tak up date blog nie...bz sket...sejak² nie tak sempat la nk tgk internet kat umah....sebelom raya ari tu ..ada beli cd lg..nie la cd yg aku bayar sket² tu ( 2 x bayar), beli dr marina , cd ni pada aku ok sangat..echa senang kena ruam - kadang bukan ruam pon..kulit dia senang merah..sekarang waktu echa kat umah memang pakai cd ni la...kurang sket merah kat kulit dia..jimat la sket..cuma aku kena rajin cuci, aku cuci siap² baru masuk mesin basuh..


cd yg aku beli x kedua...ada 7 helai sebenarnya...2 lagi ada kat jemuran, malas nk amik la...kaler merah ngan biru lembut...abaikan jer background tu..ni "dia" tolong amik gambar nie - dah cukup baik la tu..



Monday, September 28, 2009

Diaper stacker

Dah lama aku jaet bekas isi diaper nie..tak sempat nk masukkan kat blog..aku ada ternampak kat satu blog tu..dia buat bole guna hanger dan bole juga guna penyangkut (mcm gambar ke 2). mula tak ada idea nk buat cam ner...bila idea dah dtg..aku terus buat..tapi ada salah juga...ada bukak jaetan gak..tapi aku buat tak kemas sgt..bole la guna sendiri..aku buat nie versi ternganga..mula nk buat tertutup..bila dan pin kan badan ngan tapak..la kain tak cukup..nk ejas..nanti hanger plak tak bole guna..tu la citernya mcm mana diaper stacker versi ternganga nie terjadi.




Tpt isi diaper nie besar sebenarnya...yg blah kiri tu diaper neesa...ada
2 baris. Blah kanan diaper kakak...ada 2 baris juga..aku buat kan tali
jer..depan tu tak ada idea nk buat cam ner..satu baris diaper ada lebih
kurang 15 keping..jd klu neesa punya tu ada dlm 30 keping..sekali letak.
Kakak punya pon lebih kurang juga (kakak pakai saiz L..kurang sket la
rasanya)..


Mood raya

Hari nie dah keja semula...tapi mood raya tak ilang lg..heheheheh...terkenang plak kerja yg menunggu..malasnya (pemalas kah aku..heheheh..sendiri tau kan)..klu la cuti aku byk lg...dan kerja tak banyak...maunya aku cuti lg..bole aku menjahit ker...masak ker (ari tu along cakap ngan aku...mama kan dah sihat..adik dah kuar..bila nak masak kek yg itam tu - kek cokelat la tu.."dia" ada tanya juga...bila nk buat kek cokelat tu..yg beli tak sama rasa katanya...Ya la tu....)

Bulan puasa ari tu..alhamdulillah susu utk neesa tak kurang sgt..aku cuak juga..takut byk kurangnya..biasa dapat la dlm 18 oz...bulan puasa jd 14 oz jer...tgk keadaan..kadang dapat 18 oz semula..tak menentu juga..tapi biasanya lebih kurang 14 - 18 oz sehari..cuti raya..aku masih mengumpul stok susu tu...raya pon kurang juga...agaknya aku makan ntah apa² agaknya (ais, air bergas..org dah hidang..jamah juga..takut org cakap apa plak kan....teh kopi memang aku elakkan bebetul..risau gak klu makin kurang)

Harap² susu tu normal semula...aku kena bangun tgh mlm semula...klu tak takut makin kurang susu tu...bulan posa ari tu..aku tak larat bangun malam..mata aku nie mcm kena gam gajah jer..susah nya nak terbukak...letih la agaknya..aku kena buat balik rutin perah susu waktu mlm...

Persiapan raya....emmmmmm...taun nie aku rasa mcm tak ada apa persiapan yg bes...langsir tak tukar....bukan tak tukar jer....lupa jugak nk basuh....dah lama tak cuci tu.
ok la kan...klu bau tengik..aku febreez kan aja...memula tu..aku rancang nk jaet langsir..nk cuti sehari dua...alih jer masuk bulan puasa...keja banyak..kawan aku 2 org tu kena pindah jabatan..sorang gi umrah...jd bz sket la waktu tu..tak kan nk cuti..mcm tak patut plak kan...

Kuih raya...satu apa pon aku tak buat...taun lepas aku tak buat juga (keadaan diri yg tak mengizinkan....heheheheh...biasa la klu aku pregnant - bleeding + mabuk)...taun 2007 ada jugak aku buat kuih...bole la buat ada²..drpd tak ada..

Taun depan...rancangan aku, aku nak jaet la langsir...mudah²an niat aku tu tercapai...banyak jugak aku berangan nie....nk jaet baju raya anak²..heheheh....takut berangan tinggal kenangan..buat nya tak juga...

Monday, September 14, 2009

Kain ....bootie

Sebelum puasa ari tu..ada beli kain nie...kain flennel....bunga pepel tu kain cottan..yg petak² tu kain cotton yg murah..semeter Rm 3.50 tak silap la...cotton pepel tu rm 10.00 kot...tak la mahal sgt..aku mampu beli...flannel plak rm 5.50 tak silap semeter...aku ada projek nk buat...aku beli sikit². Yg petak² 1/2 meter tiap satu tu. Bunga pepel 1 meter. Flannel tu semeter juga..kecuali kaler biru pekat tu..2.5 meter - semua beli kat jalan penggaram..kecuali bunga biru tu (beli kat nagoya - care4)..

kain yg aku beli..abaikan pemandangan belakang tu..
tu suasana biasa kat bilik kecik aku nie..


salah satu hasil dr kain yg aku beli..2 pasang booties utk echa @ neesa....raya tahun nie tak belikan dia booties..dulu² along ngan kakak aku belikan.tahun nie mama dia dah pandai jaet sendiri..ok la kan, jimat sket duit..


pepel ni guna kain cotton..dlmnya guna kain flannel..putih nie kain flannel..dlm tu kain
cotton
.

Kad Raya

Tadi masuk blog roha..terbaca yg ini..
"KEPADA SEMUA, SILA AMBIL KAD INI SEBAGAI TANDA KASIH SAYANGKU.. MUAHHH!!!!"
roha tima kasih ek.....aku dah amik nie..ada kenangan raya taun nie (kenangan dapat kad dr ko..)

Friday, September 11, 2009

3 sufi

Lepas amik gambar echa pakai cd tu.... 2 lg sufi menyebok, mintak amik gambar jugak....amik la jugak..sian dia org nie. Tgk tu. Tepi² tu sepah...tak sempat nk tepikan, sufi 2 org nie dah terbaring..ok la..ok la..mama amik gambar semua ya...


nie la 3 sufi tu...adik tak sempat nak pakaikan baju
..along ngan kakak dah terbaring kat tepinya.





Tuesday, August 18, 2009

Lampin kain

Dulu² aku ada beli "cloth diaper" - lampin kain, tapi tu la sekali je aku beli...hgnya.....mmmmm pada aku mahal..( x silap satu set tu lebih kurang rm 60 ker lebih - brand maummy touch). Pertama kali beli, umur ainna setahun...lebih kurang la...tapi memang dah lama (ooooo baru aku sedar ingatan ku makin kurang...cam ner tu..heheheheh, sendiri mau ingat kan)...tapi ok la pakai lampin nie...biasanya aku pakaikan waktu tak kerja...kat umah org yg jaga tak pakaikan..takut menyusahkan (ya la..biasanya pampes pakai buang - nie pakai tak buang²). Aku beli tu untuk along juga..masa tu umur along dah 4 @ 5 tahun...tapi tido malam pakai lampin lg....jd nk jimat aku beli yg bole cuci...



lampin kain mummys touch..aku suka pampes nie...tapi aku tak suka hg nya..tgk gambar yg ke 2 tu...along punya tu...dia pakai sampai getahnya dah tak elastik lg...heheheh...bole di betulkan..tapi bila ya...aku pakaikan jugak extender (betul ker ejaan nie)..pinggang dah tak muat - dulu badan dia bulat sket.


Baru² nie beli lg lampin kain nie. Jenama mybaby (rm 35 satu set)..ini ok juga...aku suka...cuma kecik sket jer dr mummys touch...hg pon ok sangat..aku mampu...dan aku dah pakaikan...ok sangat...


aku beli lampin kain nie baru² nie....tu gambar echa pakai lampin tu...aku ingat nk beli lg (tapi aku main kutu - nak beli sekali gus...heheheh gaji aku besar sangat la...)






Thursday, August 13, 2009

Apa yg pernah aku gunakan

Dulu² aku ada beli pam..kekonon nk bg anak sepenuhnya susu badan....tapi pamnya ntah apa². Nak gelak pon ada...setakat nie, paling bes...aku guna cap Avent, pada aku ok sangat (sebab tak pernah guan brand lain), tapi manual dan cuma satu..bukan nya 2, itu jer yg aku mampu beli..brand lain pada aku tak mampu la...heheheh.
Masa pertama kli beli aku beli yg mcm gambar kat bawah tu (gambar pertama), kedua brand pureen dan yg ke-3 avent..



Ini lah gambar pam yg pernah aku beli...yang pertama tu cuma brape ringgit jer..bila aku dah guna avent...aku nk gelak guling² rasanya...apa lah aku ni jahil sangat, beli pam mcm tu (bukan aku nk gelak suka², tapi memang susah guna tu, hg tak sampai rm 20 pon- mana tau ada pekerja kilang buat pam yg dlm gambar pertama tu, aku mintak maaf sgt, bukan nk kutuk, tapi memang betul - ker cara aku guna tu salah...ntah la)

Pam gambar tengah tu (brand pureen - rm 40++), mungkin sebab aku tak sesuai agaknya - sampai berdarah, langsung tak bole di pam, agaknya tgk org juga. Aku punya tu memang pernah luka, dr anak sulong, bila along dah berenti menyusu....elok la...sampai turn kakak luka semula, tu sbb agaknya..bila dah ketiga nie..senang betul dia luka...sekarang pam nie kakak @ ainna guna - berangan betul la kakak nie...dia pon nak mengepam juga...anak pompuan agaknya memang cam tu.

Gambar ketiga tu Avent...pam ni juga paling sedap diguna...tak sakit (pd aku la - mungkin lain org, lain kesannya). Pada aku berbaloi dengan hgnya...bila aku tgk kat internet, aku ada jumpa hgnya tak sampai rm 200 pon dah termasuk kos pos. Tapi tak apa lah..bukan rezeki aku, masa aku beli nie, aku terdesak....memang dah berdarah (kat keliling nipple memang dah luka gila aaa - sebelah kiri), jadi aku beli juga, still tak bole pam sebab dah berdarah...aku perah guna tangan..sebelah jer guna pam nie. Jadi nak tak nak kena beli ubat juga. Cuba cari kat parit raja, ada jumpa, tapi bila nak menyusukan kena cuci, dan aku terpikir...susu aku tak banyak sangat, aku kena kerap perah, jd cam ner tu...masa nie bukan jer pening lalat jer,....pening tahap dinasour dah nie...mana tak nya...susu kena ada hari²...sebelah tak boleh perah..jadi banyak mana aja kan susu tu..bila aku tgk² internet..jumpa juga ubatnya (tak perlu cuci bila nak susukan dan bila nak perah) - kat sini lah aku jumpa ubat tu (aku tau mahal...dan bukan aku nk menunjuk - tapi setakat nie...itu jer yg aku jumpa tak perlu cuci bila nak menyusukan dan bila nk pam), aku guna ubat tu dr bulan 6 ari tu...sampai la sekarang, guna sket².....