Thursday, December 15, 2011

Yarn @ benang turki

Tajuk tu ok kan..:)
Asik tajuk samer jer..tak sedap di dengar...kali ni tak ada paten...tak pandai la nk buat....ni aku bg kat 2 org kawan ku yg dah agak lama bersalin....sorang tu, dah 2 bulan dan sorang lagi dah 4 bulan....punyala lama dia org bersalin..baru aku bagi sesuatu.....(tahniah Ina dan Kak Faizah) - ayat biasa aku yg mcm bizi ni..heheheh

Booties hijau ni guna benang cotton bali ..tapak nya guna benang ICE ..yg dulu aku beli kongsi ngan kawan satu opis ni.


tak pernah buat warna hijau + putih....benang
ICE ngan cotton bali
..ok gak bila dah match...ingatkan
tak sesuai



ni benang ICE...beli kali ke 2..kongsi gak ngan
kawan kat sini..saiz hook 5..suka benang ni...
biarpon ada campuran arcylic....tapi lembut...
tak panas



ni plak gambar yg aku copy dari Fb kak
Faizah (harap tuan punya gambar izinkan
dan halalkan).....ni la baby Wisya..comel kan
kulitnya putih bersih macam mama nya...dah

4 bulan tak silap aku...tu la bootiesnya



* mudah²an kawan² aku suka..dan baby selesa pakai...aku suka juga :)

Friday, December 2, 2011

Topi @ Shell hat

Dah 2 kali buat topi ni....tapi ni besar sket lebihkurang 20"......buat topi ni bagi aku mencabar sket ....sebab aku rasa macam kecik...ukur dan ukur..aku rasa baru 19"...tapi bila dah sampai bawah kepala Along muat plak (ya..kepala Along itu saiznya lebihkurang 21 1/2"...dia kata muat..tapi sempit sket...), ooo maknanya topi ni pandai...pandai mengembang dan menguncupkan dirinya...hehehehe...pendapat yg syok sendrik nampaknya...

Ni bos aku gak yg tempah..sama ngan kaler ijau tu...yg tu versi kecik..yg ni versi besar...paten sama jer..dan yg ni pink....cotton bali gak...yg tu nk bunga...yg ni nk Hello kitty ngan kepala itik..

Ari ni aku kongsikan paten itik...bole la di tampal..di tempat yg sesuai...aku ada jumpa rupa itik cam ni...tapi aku tak jumpa paten...jadi aku lukis la...Alhamdulillah...menjadi la plak...tapi cam gitu la rupanya...tak la secantik paten beli...:)

Siapkan gak emma punya tempahan Hair band....yg ni versi lain sket dr sebelum ni....dia tempah 2 tu..satu lagi tak sempat la nk snap gambar...oren kaler...



ni topi yg bos ku tempah...mudah²an anak dia
suka....





ni utk kepala itik yg ini utk badan itik....



ni hair band tempahan emma....harap si penerima
suka....cotton bali ngan benang turki (wool + arcylic)





Wednesday, November 30, 2011

Crochet bag - kak ida

Ni projek yg dah lama....dah 2 @ 3 minggu lepas rasanya....beg ni kak ida tempah...dia tak kisah warna apa....tapi bole pakai ngan semua warna baju....aku bukan pandai sgt pilih warna....warna ni jer la yg terpikir kat otak ni....:)

Paten pon dia tak kisah.....nasib la dia tak kisah paten kan....klu la dia kisah...sebab salah kait...tak perasan plak tu...dah masuk baris ke - 4, baru perasan..aku tersalah....tak nak la cakap bahagian mana...tapi aku dah nampak....tuuuuuuu...hehehhe..



warna ckolat gelap ngan coklat cair....dalam
aku jaetkan lining....berzip..tak amik pon gambar.
"DIA" yg tolong snap gambar...bila aku tanya..
amik tak bahagian dalam..."DIA" kata...ooo
kena snap gak ek.....apa² la....
ukuran beg lebih kurang 10 " x 7" x 2"





ni paten beg tu...tapi tapak nya aku dah ubah.
aku buat paten sesedap rasa (ikut suka ati la tu)
.
Dari buku ..beli kat popular...buku bahasa Cina.

Wednesday, November 9, 2011

Fakta Pemakanan - Dr. Nadrah

Nak kongsi mengenai fakta pemakanan, untuk ibu menyusukan....ini FB Dr. Nadrah ( Malaysian Breastfeeding Peer Counselor)




AkuCopy paste dari blog FID.....aku tak ubah apa² tau (cuma wall Dr. Nadrah tu aku print screen...ejas sket)...jom baca...


OK…saya copy paste dengan izin ya

Wall Dr.Nad

Harini saya dpt msg promosi dr smbody “Klu kita dah maintain pengeluaran susu dgn baik,tp susu masih merudum, maknanya ibu tu kekurangan kalsium, so belilah set utk menyusu ni dgn saya ye”…hahh?? Fakta apa nih? FIY, ni saya bg fakta EVIDENCE BASED MEDICINE ye…sila baca satu persatu dibawah ini. Saya faham anda nak lakukan produk, tp jgn smpi anda manipulate fakta n manipulate penyusuan susu ibu.

Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.

Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu…maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.

Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?

Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement’s promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement….tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.

Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang….kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.

Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.

Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap “usaha” membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.

Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.

Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.

Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

10 fakta yang Doktor Nadrah kongsikan dengan kita…

OK…jemput baca dan digest yang mana patut…

Untuk pengetahuan..Dr.Nad adalah seorang doktor yang berkhidmat untuk negara…beliau adalah lactivist yang sangat aktif di Perak dan Malaysia…MBfPC team penyokong penyusuan susu ibu..

OK?kalau tak setuju jangan komen kat sini ya sila pi komen kat wall Dr.Nad..sebabnya semua ni fakta yang dikongsikan oleh beliau..

okay??

tak setuju JANGAN komen kat blog saya…

Makan suppliment TAK salah pun….Tapi jangan salah goreng untuk melariskan yaaa…


setiap org ada pendapat sendiri kan.....:)



Tuesday, November 1, 2011

Booties & Hair band

Booties ni awa yg tempah (Alhamdulillah siap gak set ni)....ngan hair band sekali...tapi tau jer la ..aku ni lambat nk menyiapkan...almaklum la...ramai anak, termasuk anak tekak...:)

Tapi seronok gak buat kasut kecik ni..paten baru...pada aku baru...mungkin dah lama pada orang lain...aku jumpa kat satu blog ni, dia ada kongsi paten..tapi seperti seadanya..aku ubah paten tu...awa nk ukuran besar 11cm...jadi kena ubah sket la..memula tu tak cantiknya..depan kasut kecik tu, ala² keta kebal pon ada...apa lagi..bukak semula..betulkan..cam tu la kalau paten dah berubah...biar pon sikit jeerrr...

ni blog tu....kalau sesapa tak pandai baca instruction...blog ni bole jadikan rujukan
crocheybebe.blogspot.com


paten ni jer tak ubah² lagi..nampak sangat aku
suka ubah paten kan....:)



rupa kasut kecik tu..dah lain sgt dari blog yang
aku tgk kat blog tu..



set yang awa tempah...harap anak sedara dia
selesa pakai dan suka pakai...aku tumpang suka
gak..

Sunday, October 30, 2011

Topi

Topi tempahan kawan....nak paten shell @ kerang.....search kat internet ......jumpa kat sini ....dah ubah sket paten ni....dia nak kembang sket kat bahagian bawah topi tu...



ni topi tu...hijau ngan of white (benang cotton
bali)...dia nk bunga merah..tapi tak ada warna
merah menyala...merah tu pon ok gak kan :)



ini plak paten topi tu....kalau rajin cari kat blog ni,
memang banyak diagram dia bagi.....sesuai la
utk orang yg tak pandai instruction cam aku ni..



-----> ni blog tu http://crochetconamor.blogspot.com

Thursday, October 20, 2011

Hijrah

3 minggu lepas..kawan ku berhijrah ke jabatan lain..atas arahan...sedih tau..kita org berkawan dan satu opis sejak dari mula kerja (dari zaman muda belia..kehkehkeh)....sampai la sekarang..dari zaman gaji kecik..sekarang aku tinggal bertiga...awa ngan ina la kawan buat kerja² ni...dan kamek ni..tunggu jer la..bila masanya akan di keluarkan...

Mudah²an penghijrahan sahabat ku ni..membawa kebaikan di dunia dan akhirat...

p/s----- klu ko baca blog ni...ko doakan kita org ya...mudah²an dapat buat yg terbaik utk jabatan ni....

Crochet bag

Beg ni tempahan Cikgu Ana - cikgu kelas Ainna....dah lama dia tempah...sebelum hari raya hari tu...tapi masa tu aku tgh seiapkan tempahan lain...2 minggu lepas aku bagi kat dia....
Beg ni bahagian dalam ada lining...jadi klu bawak benda kecil...tak la tercicir....betul tak...
Benang aku double kan....(sebab tu ari tu beli jarum kait ngan Ery...tak ada saiz 5 dlm simpanan)
Paten..aku ikut kat sini..tapi ada ubah sket²..ikut citarasa aku (untung jadi...klu tak...heheheh..)...aku pernah jumpa gak lebih kurang cam ni..tapi tak ingat kat mana..
Bahagian tapak..aku ikut paten yg pernah aku buat utk beg anak Kak Ida



Beg ni besar..pertama kali buat besar cm ni
16" x 3" x 13"...tapak tu cikgu Ana memula nk
lagi lebar..tapi aku tak sanggup nk mengait...
jadi dia setuju ngan 3" tu...lebih kurang 5 - 6
buku benang aku guna utk keseluruhan beg ni..
bunga tu Cikgu Ana yg mintak di kaitkan cam tu
Pada aku cantik plak (heheheh perasan)
..bunga kuning
aku doublekan benang gak
.

Friday, September 30, 2011

Crochet blog

Aku search kat google dot com....dapat la link blog² ni...

ni sticky mode ya kawan²....
* LA MAMA SHIO
* cristinashomemade
* diana-missydaisy
* Da'Knit
* theremariaesuasmanias
* pinkrosecrochet
*falando de crochet

*fazendocroche

*bebecroche-tricot
kat blog ni...ada gunakan diagram gak...sesapa yg guna paten diagram...bole la rujuk kat blog² ni...nanti kalau aku jumpa lagi..aku ap det kat sini..mudah²an dapat dimanfaatkan ilmu yg ada kat situ..

* paten star kat bawah tu..rasanya aku dapat kat salah satu blog/web kat atas tu...YA ALLAH..betul² lupa ni...aku cuai..patut nya dapat paten terus buat catatan, apa nama blog nya kan

Tuesday, September 27, 2011

Giveaway...

Nak benang free tak...jom gi Da'Knit....ada give away kat situ....tak semapt aku nk war²kan (ceh...mcm ramai jer kan baca blog aku ni....)...
rasanya blom terlambat...aku dah terbaca lagi ari tu..tapi tu la....aku sibukkan tulang 4 kerat ku dgn buat kerja lain (aku bz sket dengan kerja² hakiki....hikhikhik)
Join tau jgn tak join...
Link

Thursday, September 22, 2011

Topi, head band @ hair band

Topi Arfan @ along yg pernah aku buat....aku bg kat adik aku..along tak nak pakai la plak..dia kata tak cantik...heheheh...malu ai mendengarnya...salah paten agaknya (ada ala² topi perempuan)..sebab topi tu kaler kelabu, adik ku kata tak brape menarik kalernya...adik aku nk aku kaitkan bunga yg besar dengan kaler yg terang, turutkan gak permintaannya, pink terang...hijau terang...aku double kan benang tu - besar la bunga tu - benang nona jer -...

siapkan tempahan awa....head band @ hair band...guna benang cotton..tali tu aku double kan benangnya (benang kecik - hook saiz 2 la rasanya klu guna tulip punya hook)...masa beli benang tu..aku tak brape pandai nk tgk..patut nya tgk la benang tu guna saiz hook brape..beratnya...panjang nya..sekurang² nya tau besar mana benang tu....tu la kan pandai sangat..tapi tak apa, dapat pengalaman baru...tak ingat la beli kat web mana...dah lama sangat


topi yg dah berubah sket rupa bentuknya apabila digandingkan dengan
bunga
pink terang ini...hehehehehe



bunga tu guna benang cotton bali ..tali tu la
yg aku doublekan..tapi ok jer..nampak sempurna
(huhh ayat sedapkan ati sendiri..tapi awa suka,
ok la kan...harap si penerima pon suka..hehehe)






Tuesday, September 20, 2011

Echa dan susu

16/09/2011- Genap la umur Echa 2 tahun 6 bulan....Alahamdulillah dia masih menyusu badan sepenuhnya .....dan waktu ni la susu ku tak sebanyak dulu..merundum teruk...
bulan puasa ari tu...aku memang dah tak bangun malam utk mengepam-bulan puasa kan penat sket (alah alasan aku jer tu...malas nk bangun sebenarnya....harapkan dia bangun menyusu jer ...sampai sekarang Echa masih bangun utk menyusu...waktu dia bangun pon lebih kurang sama jer ....pukul 1 pagi...pukul 3 ..last pukul 5....dan pukul 7 sebelum mandi gi umah Mak Wo...

Vitamin.....ermmmm...bulan puasa taun ni gak..aku tak amik vitamin....cuma minum Soy Protin (Shaklee) jer...Alhamdulillah ...minum soya tu..aku tak rasa terlalu letih...masih bole masak utk berbuka (taun ni gak..aku tak beli sgt kat bazar ramadhan)...ada pergi dlm 4 kali jer (cari kuih yg aku tak pandai buat)...susu masa ni memang dah merundum pon..tapi ada lagi utk aku pam..

Vitamin tu ada lagi sampai sekarang..biar pon aku beli Trial Pack ...sekarang beberapa kali perahan tinggal 6 oz jer..lagi2 ari tu aku demam... ntah la sampai bila ntah stok tu bole bertahan..

Dah cuba bg Echa susu lain..termasuk fresh milk...tapi Echa tak nk...dia muntah..sian sgt..sebab tu selagi ada..akan aku pam susu ni...



stok susu tinggal ni jer



ni..perahan bulan 6...


dulu ice pack ni..tak muat letak kat sini....kena
letak kat peti ais lagi satu...sekarang banyak dah
ruang kosong kat dlm deep freezer ni

Monday, September 12, 2011

Hair band ngan booties

Lama rasanya aku nk buatkan booties ni utk seseorang....ni guna benang besar sket ...hook saiz 6....dan aku guna hook baru. aku beli dari ERY...- ada aku punya testimoni la kat situ...hehehe....sangat best hook ni..gambar tak sempat nk snap...ringan....yg brand tulip tu best gak..jadi kemana² aku pergi..aku angkut semua 4 hook tu (cap tulip tu aku ada 2 ngan cap clover ni ada 2..)


aku buat ni kurang besar la rasanya...(tu la nk bg kat org
tapi malu nk tanya saiz kaki anaknya....) bby pakai
ngam² jer...alahai...mintak² baby selesa..dan
mak bby suka
..guna cotton bali ngan benang dr
thalenta..



head band / hair band / cekak yg sempat aku siap
kan sebelum raya ari tu..baru ni sempat ap det,
guna cotton bali


Topi ngan booties

Aku dapat siapkan topi ngan booties ni....2 pasang...org yg sama tempah...topi ni pernah aku buat..cuma aku tambahkan bunga crochet jer...bunga yg bole tanggal pasang....jadi bila cuci bole la cuci asing²...line kat bunga tu aku baru pandai buat..aku tgk kat youtube...tapi aku lupa copy linknya...- rasanya aku kena cari balik ni..mana tau kan aku pun jadi lupa gak....hehehe





topi ngan booties.....guna kain cotton utk bahagian luar (bukan cotton yag mahal,
ni cotton murah....bahagian dalam topi guna kain flannel...booties plak, bahagian
dalam guna fleece)..seronok dapat siapkan 2 pasang topi ngan booties ni...




bunga crochet...benang arcylic ...memang aku
sengaja nk bagi kat Ina (Ina tima kasih sudi
tempah...), harap mak bby suka, baby plak
selesa ngan topi dan booties tu

Wednesday, August 17, 2011

Benang oooo benang

Ari tu aku ada beli benang dari turki..jenama Ice....kawan opis ajak aku beli..kongsi..sorang separuh...benang ni kena beli 1 lot (ada yg lapan buku, 6 buku, 4 buku...2 buku ada tak ek...tak ingat la)..jadi tak nk membazir..kita org kongsi jer la...bes benang ni..lembut...yg kaler hijau tu..lagi laaa...lembut sgt...kita org guna pos biasa..biasanya antara 7-21 hari bekerja baru benang sampai...tapi ari tu, benang sampai dalam masa 8 hari klu tak silap...cepat gak kan..sebab pos dari Turki....Alhamdulillah...

Dal lama tgk benang ni, tapi pikir gak nk buat apa byk², dah alang² ada org ajak kongsi..ok gak kan mencuba..benang kait kat sini pon memang dah naik..tak kira la, nona @ minlon- kat sini 2 jenama ni jer yg ada..

klu ada sesapa nk beli kat sini pon ada jual..tapi aku tak beli kat situ..kawan aku jumpa web lain..tapi benang yg sama gak di jual



ini la benang tu..yg gelap tu..warna pepel..jadi gelap
la plak...





ini salah satu hasilnya...bunga yg ujung tu ngan
tali hairband aku guna benang ice...yg lain guna
catton bali...beli ngan Mbak Hernik.

Hair band / head band tu emma yg tempah....mudah²an dia suka...anak²nya pon suka...


Monday, August 8, 2011

Bakul sampah

Kawan aku mintak tolong aku jaetkan sarung bakul sampah......tapi aku tak pernah jaet....jadi aku test la...cari tutorial ..tak jumpa la plak (eh aku salah key word ek..ntah la)...tak guna getah utk jerut bahagian atas...guan tali...guna heavy cotton...blah bawah..aku buatkan tapak bulat...



kain ni ada bunga kaler pink..tapi tak brape nampak..jadi aku buat la tali kelar
pink...
tinggi bakul ni 13"...





Friday, August 5, 2011

Booties biru + oren

Aku sajer cuba buat paten ni...jumpa ala² ni ....kat blog mana....?...aku tak ingat....tak silap jumpa kat salah satu blog yg aku senaraikan kat atas tu la...tapi tak ada paten..dia ada tunjuk sket cara buat...jadi aku cuba....besar sebelah ni...sebelah tu ukuran nya terlebih...terlupa nk kira semula....heheheh...tapi tak nampak sangat kan kecacatannya...ok la tu kan (ayat sedapkan ati sendiri ni)....



mula tali booties tu warna biru gelap sket....
mcm tak brape nak cantik...aku tukar kan jadi oren

Puasa

Dah lima hari puasa ari ni..sekejap jer berlalu...tak sampai sebulan lagi dah hari raya...
Puasa tahun ni along tak banyak kerenah sangat..banding tahun lepas dan tahun sebelumnya...
betul² menguji kesabaran,.....sekarang waktu petang jer la bila dia dah penat...air paip kat sinki pon dia nk minum.....habitnya cakap " minum sket jer mama...pas tu sambung balik puasa" tu blom ilang sangat..biar pon dah darjah 3...masa tak sekolah plak (isnin puasa pertama..cuti umum)...tak bole lebih kurang ngan adik²...pantang silap sket..nk bertekak jer...mudah²an dia cepat matang...
bangun pagi taun ni pon senang sket...cuma susahnya nk gosok gigi...

Ainna bole gak puasa separuh hari...aku tak paksa dia puasa penuh..tapi bukan dia makan sangat pon...pagi sahur aku ajak dia sekali...alhamdulillah dia tak banyak kerenah....klu tak haru aku...tapi nk abihkan nasi...alahai..sampai dah siap cuci pinggan..nasi dia tak abis²....tapi tak apa...yg penting nk jugak dia makan...tak la lapar sangat...

Monday, July 25, 2011

Keychain...

Keychain ni siap sebelom majlis adik aku ari tu....tapi aku tak sempat nk pasang ring tu...ada yg dah ada ring..mana yg dah ada tu..aku pasang sekali...baru jumpa ring yg dah ada rantai sekali...aku kait dan terus pasang.....carrot tu adik ku yg nak..lelain tu pon dah ada tuan yg punya....


keychain carrot, bintang ngan beg ....


ni diagram / chart utk buat beg kecik
tu...amik kat internet...tapi tak ingat
dari blog mana...tapi salah satu blog yg
ada kat atas tu...



ni ada diagram / chart utk buat carrot
tu...dari buku crochet bahasa cina..
aku
beli kat popular...

Stokin

Terjumpa diagram / chart paten utk booties ala² stokin ni....tak pernah buat yg cam ni...pernah nampak..tapi tak tau nk buat nya tu cm ner....ni cubaan kali ke - 3...baru dapat betul² ok la (pada aku ok la)...tapi aku dah tak ikut 100%...aku dah ubah..ikut sesedap ati aku ni...

niat nya nk bagi kat anak sedara Mak Wo - umurnya dalam 3 minggu (rasanya la..klu aku tak lupa...), Insya'allah klu ada kelapangan ingat nk gi umah adik Mak Wo...


stokin baby.....ukuran lebih kurang 10 cm.... mudah²an
muat la kan...biasanya 10 cm, klu bby
bawah 3 bulan..
muat lagi ni




ni paten diagram / chart...aku amik dr blog
ni ..sesapa tak tau baca paten yg arahan tu,
bole la ikut diagram ni

Wednesday, July 20, 2011

StiCky mOdE

Aku baru pandai la buat sticky mode ni.....biasa la..mesti dgn bantuan Incik Google....jumpa kat sini..bes tau web ni.
cuba la jalan kat situ.

Tuesday, July 5, 2011

Pad kain @ cloth pad

Hari sabtu ngan ahad minggu lepas.....aku bertungkus lumus menyiapkan pad ni (tungkus lumus sgt la tu..sebab ko nk guna kan...klu tak memang la ko tangguh lagi nk menyiapkan ...betol tak...betol tak.....) memang ya pon...sebab nk guna sgt la ni...aku siapkan benda ni...dah banyak jenama aku guna dari cap ayam...sampai la cap apa² la...dari tak ada bau sampai la ada bau herba (yg ni mahal sket)...semuanya alah ler..kulit ku...tak larat tiap bulan masalah sama....penuh semangat ni buat...2 saiz jer sebenonya...saiz 30 cm ngan 40 cm...yg pendek aku dah pernah buat....tapi guna kain bodo² jer...

ok lapisan luar tu aku guna kain PUL ( waterproof material)....baru ni la ku jumpa murah sket (jadi aku mampu la nk memiliki :).....beli kat mum7kids ...beli 1 meter jer

guna gak kain flannel, mikrofiber (echa punya insert CD...2 lapis ni..sebab pendek..aku tak guna), kain yg kena kat kulit tu ...guna kain fleece (tak sama ngan CD punya fleece - ni kain fleece utk selimut jer - beli kat carefor..heheheh...)

Teguk harga kat on line...bole la...tapi apa salahnya mencuba...maklumla kena buat tebal sket..hari kedua tu kan...ala² paip pecah...jadi sendiri mau ingat kaaaannn...ooo memang tak sempat cuci..terus guna...nasib baik tak tambah alahan nya....kena jaet juga 40 cm...utk malam...klu tak aku tak bole tido baring...kena duduk..


memula terpikir gak..butang cm ner...pernah buat
guna velcro..tapi tak ok laaa...tak selesa...aku google.
Jumpa ni kat
Tiny Tapir . Harga pon ok...mampu milik
la....beli ni ngan butang sekali
..bila dah ada butang ni
aku jadi malas nk guna butang lain...aduh..jadi
pemalas lagi...:)

penebuk kain aku beli kat sini jer



Sebab guna PUL...jadi aku guna tapak utk jaet
tak kedut (rasanya la..tapak ni plastik..ker nama
nya tapak jaet plastik)...tak cuba tapak biasa..
tak tau la ek bole ker tidak



ni paten...aku tgk sket² kat internet...yg ni buat
sendiri...ikut selesa sendiri..dan panjangnya, ikut
suka aku gak la...yg 25 cm tu..lama dah aku buat.
Cuma tak snap gamba...guna kain ntah apa²




ni yg 40 cm..yg kaler putih tu..ala² insert kat CD.
tapi bukan masuk dalam mcm CD...ni guna butang
jer (snap button tu....yg aku beli banyak² tu..-
senang sket kan)..kaler biru yg atas tu...tu lapisan
yg ada PUL...aku letak poket sekali..supaya tak gerak²
bila di gunakan...
idea kat internet juga



yg ni aku jaet banyak...ada 8 semuanya...sama
macam 40 cm punya...cuma pendek sket 30 cm
dan tak ada poket




* Alhamdulillah...dah beberapa hari pakai (biar pon tak sempat cuci..hehehe)....ok..tak gatal...
* Bau...errrmm..pada aku ..tak sekuat guna pad pakai buang..sama gak kekdahnya..masa tukar
cuci sekali...(ada baca kat satu blog tu..tak ingat kat mana..katanya...bau tu kuat sebab tindak
balas kimia antara darah...ngan kandungan pad tu...)...aku cuci ngan sabun buku Dobi....
Alhamdulillah bila kering..tak der bau hanyir darah...
* Tapi pening...kalau la kena kursus ker apa ker..cam ner ek..bukan ada mesen basuk..nk
keringkan pad tu.....nanti la aku pikir..

Goodies bag

Hari ni baru sempat nak ap det blog ni...lama rasanya aku tak usik apa²....
Belom terlambat rasanya nak ucapkan "Selamat pengantin baru" utk adik lelaki ku .....Mil ngan Liza...mudah²an penikahan ini berkekalan hingga akhir hayat...dan sentiasa dalam keberkatan -NYA...Aaminn..

Tak ada apa sangat yg aku sumbangkan utk adik ku...cuma sempat jaetkan goodies bag kat bawah tu....cuma 40 keping jer...utk kawan² terdekatnya...dan aku isikan ngan tuala comel @ tuala muka.....isi² yg lain..adik ku lagi sorang yg tolong penuhkan (Nining - nama gelaran dia ni...tima kasih banyak tolong utk majlis Mil..dan tolong penuhkan goodies bag ni - ni la sorang adik lelaki kita kan...mudah²an nanti kita bole buat yg terbaik utk majlis adik kita lagi sorang kan...Insya'ALLAH)....

tima kasih gak buat kakak ipar ku (kak amy ngan kak ina)buat Manja ngan kawannya... banyak tolong kami...tak terbuat rasanya klu kamek² jer....heheheh


nk siap kan bag ni...makan masa gak...maklumla buat sket²....sebab tu dah lama tak ada hasil crochet...ada buat kecik jer...tak sempat nak snap gambar....





ni la goodies bag tu...bahagian luar tu
kain langsir lama..ada org bagi..tak tau nk
buat apa..cantik lagi...tapi dlm tu aku guna kain corak.
Jadi tak la nampak kosong dan kusam..
(ceh ceh ceh..perasan kan aku..sedapkan ati sendiri)


Ada gambar lain...maklumla dari gubahan hantaran semua aku ngan nining yg banyak buat ..eh adik Zeda gak...(sbb kami jer yg dekat ngan umah mak...heheheh....gambar sanding.adaaaa..tapi failnya besar gabak..tak larat aku nk edit..heheh..ayat malas ni sebenarnya....)




Thursday, May 19, 2011

Starfish @ star

Anak sedara ku si Ain...mintak aku kait bintang. Masa cakap ngan aku bukan bintang dia mintak..

Ain : mama...bila mama nk kaitkan kakak Ain cahaya
Aku : errmmmmm...cahaya...mana bole mama kait cahaya
Ain : adaaaa...mama kata nk kaitkan kakak cahaya...yg kat langit tu
Aku: heheheheh...bukan cahaya la kakak Ain....bintang la
Ain : haaaa...itu la yg kakak nk bg tau mama

klu betul dia nk cahaya...mcm mana aku nk kait...oooo pening mak cik
Dan aku google dot com la ..apa lagi.....jumpa patern ni
sebenarnya paten ni dlm bentuk pdf. fail......tapi aku buat kan dia jadi jpg.
aku cari semula blog yg ada paten ni tak ada la plak...rasanya bukan dalam bahasa inggeris la blog tu...tak ingat guna bahasa apa.....
serius cakap aku copy dan paste tau paten ni dari internet (ya la karang tuan punya paten marah..cam ner)
aku ada ubah sket..bahagian tepi tu ada tambahan...supaya bole aku isi loose fiber....jadi comel sket



ada 3 paten sebenarnya...lagi satu paten siput...tapi aku tak letak kat sini
scallop tu pernah cuba buat...tapi aku buat tak cantik la...ada salah kot




ni la Ain punya bintang kuning + merah...dia
gantung kat beg sekolah.. aku kait masa Echa
demam ari tu....sambil susukan
Echa...aku buat ni...nasib baik dia tak tarik²
benang ni...(kalau dia sihat jgn harap la...sambil susukan
sambil mengait...habih benang dia buat main)


Ain mintak lagi..mintak kaitkan durian.....tapi tak cakap ngan aku..dia bagi tau kat uminya....heheheh gelak uminya...uminya cakap...mama tak pandai buat duri kat durian tu..
sekarang mintak apple la plak...Insya'allah mama cuba ya kakak..tak pernah mama buat apple..

Friday, April 29, 2011

Echa

Semalam aku cuti...Echa demam...hari ni antar gak rumah Mak Wo....nangis bila aku tinggalkan pg keja tadi...sayu ati tgk dia nangis.....Echa ni sikit macam Along...demam dtg...mula la dia nk tak nk lepas nenen....tak kira la malam ker siang...tapi bagus gak...biar la dia banyak menyusu...

Nak makan ubat punya la susah...siap sembur²....di muntahkan semula...sampai kuar muntah kuning pon tak apa..janji ubat tu dapat kuar....last² masuk ubat montot...(tapi aku tak pandai...aku mintak tolong adik aku masukkan....heheheh)

Mintak² ari ni dia ok...tak menyusahkan Mak Wo nya...tak la nanti Mak Wo kena dukung dia seharian....hari ni idung Echa ada hingus....selsema..

Adik cepat baik ek..ptg ni cepat² mama amik adik...pas ni 3 hari mama tak keja...besnya....


---tadi Along pon mcm meragam (along memang cm tu...umur dah banyak..tapi manja lagi...kena pujuk selalu)...nk demam ker dia.Along pon susah nk makan ubat

Kakak jer la yg senang bg ubat....

Sempat mengait semalam buat bintang @ mcm tapak sulaiman pon ada bentuknya...apa² la. Tak sempat amik gambar....kecik jer...buat sambil layan si Echa...sambil menyusukan (tapi masa ni susah sket...Echa tarik² benang)..

Tuesday, April 19, 2011

Shaklee

Bulan Januari 2011.....susu ku mula merundum sangat²...dah cuba makan apa yg patut..dah cuba gak elakkan makanan yg tak sepatutnya aku makan...tapi susu merundum juga...satu hari dapat dlm 6 oz jer...buntu sangat masa tu....masa tu umur Echa setahun 10 bulan...sehari Echa minum 12 oz...memang ada stok...tapi....errmmmm...mak mana tak risau kan..hehehehe....takut tak cukup..

Dah beberapa kali aku dapat email pasal produk shaklee ni...sebelum Echa 2 taun lagi...tapi ntah kenapa aku tak beli juga...(sebab "dia" kata..tak yah la...status halalnya cam ner...mcm² la soalan..)..pas tu aku tanya kat Mommy Lyna pasal shaklee ni (dia ada antar email juga)...dia terangkan dengan jelas...email yg Mommy Lyna bagi tu..aku foward kat "dia"...sebelum ni..aku ada tanya gak kat peniaga lain...pasal status halal shaklee ni...jawapan yg di bg, amat megejutkan aku..lebih kurang cm ni jawapan nya " kalau awak rasa kehalalnya diragui...baik awak tak yah beli"...jadi aku pon diam ler...tak tertanya lg...

Last² beli juga...alhamdullah...serasi..mula² sakit kepala..dlm 3 hari...pas tu semua ok...
perubahan....memang ada

  • bulan satu ari tu.."let down refleks" dah tak rasa...sejak makan ni rasa semula...biar pon tak selama dulu (Echa dah besar...memang rasa tu makin hilang...pada aku la - pengalaman menyusukan along ngan kakak)
  • rasa cepat penuh...banding sebelumnya....sebelum ni kalau dah dekat period...biasa sekali pam dapan antara 1 - 1.5 oz jer.....sekarang dapat 2 oz - biarpon perubahan tak banyak...ok la kan...
  • tak rasa penat sangat....bangun tido..rasa cergas sket...sebab tido nyenyak...(sampai sekarang biasanya aku masih pam waktu malam..paling tak sekali dua aku bangun..)kadang klu aku penat langsung tak bangun...


trial pack yg ke - 2..sape² nk cuba...cuba la
tak rugi mencuba....

Monday, April 18, 2011

Amigurumi - lobak @ carrot

Buat amigurumi lobak .....pada aku..tu jer paten paling senang (aku rujuk buku - beli kat Popular)..buku tu dlm bahasa Cina...guna diagram @ chart ...buku ..tak sempat nk amik gambar

Pertama kali buat warna pink...Ain (anak sedara ku) awal² dah mintak...(Ain siap tunggu sebelah aku...dia kata jgn bg org lain...padahal..Si Ainna ada tu...selamba dia kata..kakak Ainna...ni kakak Ain punya tau..Ainna tak terkata apa...cuma...Ya la...ya la....)


Carrot ni dah lama siap...Ainna dah letak kat
beg sekolah dia. - aku letak ring - buat keychain..
bukan besar pon..dalam 9 cm tinggi (dari bawah
tu..sampai daun lobak tu)..

Cara Pemakanan

Dapat info ni dari email...emma yg bagi....
bole di amalkan...



Ada sedikit ilmu yg ingin mungkin bleh dikongsi bersama...rasa ramai yang dah tahu..saja ingatkan kembali detik2 menikmati makanan heheheheheh

Tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

perkataan JANGAN mungkin bleh ditimbang dengan ELAKKAN,
sb mungkin ada yang kata dia makan selama ni ok je..
dalam jangka masa terdekat mgkn kita dok rasa kesan dia
Ianya mungkin ada kesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

-Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

-Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

-Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

-Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

mgkin perkara di atas biasa sangat doh dengor
tapi mungkin wat panduan dan ilmu yang diulang untuk kebaikan bersama
Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam,

"Allah Mengetahui Apa Yang Terbaik"

Thursday, March 24, 2011

Macam - macam

Masuk hari ni dah 3 hari balik semula ke opis (baru siap renovate).....rasa lebih LEGA, ya la sebelum ni kan duduk kat makmal komputer...penat woooooo duduk situ....sakit pinggang...(ishhhh ada nada tak bersyukur tu.....tapi aku ni hanya manusia...kadang² rasa tu aku tak bole nk tipu)

Buat awa ngan ina...tima kasih sudi kemas kan komputer aku ngan emma...siap bawak balik opis ni..dan pasangkan semula kat sini ....masa tu aku ngan emma gi kursus (kursus perkeranian jer - tapi ALHAMDULILLAH bes.....sebab dlm slot tu penceramah masukkan sekali pasal agama - peserta semua islam)...jadi selain ilmu perkeranian...dapat jugak ilmu akhirat...penceramah kursus ni bukan org tpt keja ku...org luar dari KENARI KUKUH Sdn. Bhd.

Diam tak diam...Echa dah 2 tahun (minggu lepas....16/03/2011)
Alhamdulillah dia sihat...makin ligat....makin manja + mengada²
Masih menyusu lagi - sayang nk berentikan...

Niat ku dulu aku nk kongsi pengalaman menyusukan
(aku buat point ni.....heheheh...ala² nota pendek zaman sekolah dulu²...tapi ni panjang)
Ni antara pengalaman yg aku tak bole lupa la
  • Ada org cakap ngan aku cm ni "tgh ari pam jugak ker" ...aku kata ya....klu saya tak payah..tgh ari nanti saya bg jer kat anak...tgk ni dah penuh....reaksi ku...aku hanya mampu tersenyum.....dlm hati...memula kena tu sedih juga..tapi aku ingat kan diri sendiri...susu tu kan rezeki juga...jadi sikit ker banyak...memang tetap ada utk baby kita...
  • Dulu² masa aku tak ada cooler beg...aku tumpang susu perahan dlm peti ais pantry kat opis....satu hari tu...nk di jadikan citer...aku nk amik susu tu...nk bwk balik la...ada sorang staff lelaki..tanya aku nk amik apa..aku senyum jer..tak nak cakap susu (malu)..tapi dia tau aku memang selalu ke pantry utk amik susu...dia cakap apa tau....heheheh -----"nape tak suruh laki ko jer yg minum"..menyirap darah ku....kelu lidah aku...dan aku tau gaji ku tak sebesar gajinya nk beli susu yg mahal² utk anak...mcm nk nangis pon ada...ada ker patut ckp mcm tu...dari situ la...aku dgn nekadnya...beli cooler bag...beli ais pack...senang sket...tak la ada org yg cakap cam tu lagi...

  • ada yg tanya...dah 2 tahun pn menyusu lagi...perah lagi ker...klu aku tak payah...guna tangan jer...aku cakap la..aku tak brape pandai nk perah guna tangan...tak puas..mcm susu tu ada lagi...ada ker dia kata...oooo ko ni kuat seks la..asik tak puas jer..perah tu pun tak puas...dlm ati ku aiiikkk...apa kena mengena tak pandai perah.dengan kuat seks...ker dia bergurau..tak tau la..muka mcm serius...heheheheh...biar la....
  • Ada jugak yg cakap cm ni..."bukan ker haram...menyusukan anak dah lebih 2 tahun"....errmmm...haram....aku tak pernah dengar plak susukan anak lebih 2 tahun tu haram - aku ckp mcm tu...
Nanti la....klu ada lagi aku tambahkan lagi.....heheheheh...mcm bes jer citer kan...tak ada apa² pon

Tuesday, March 8, 2011

Sarung kusyen - bulat

Sarung kusyen ni, Kak Ida yg tempah....nk letak kat keta....Kak Ida punya keta, baru tukar warna cat- biru, nk sedondon la ni ....lama betul aku nk siapkan...sebulan rasanya...
dia nk bentuk bulat..tengah ada bunga. Aku amik paten ni dr buku Jepun (diagram)..corak aku gabungkan dari 2 corak yg hampir sama...



Diameter kusyen ni tak lebih kurang 15"..tapi untuk isi kusyen jer..diameter nya 12", Kak Ida
tak nak besar², bahagian belakang untuk isi kusyen aku kait gak....tapi corak simple jer la.
Bunga plak aku tak jaet mati kat kusyen...aku pasang pin (pin yg ada tapak bulat tu...mcm buat
kerongsang lebih kurang), jadi kalau nk cuci kusyen tu, bunga bole di tanggalkan.


Harap tuan punya sarung kusyen ni suka....