Monday, November 30, 2009

Klip rambut

Sebenarnya...bosan sgt ari nie...tak ada keja...adaaaa...tapi...tu la...mcm tu la..malas la nk pikir...buat jer la kan apa yg termampu...nanti klu susah ati (bukan ker nanti jadi "sakit stress")...takut susu kurang...jadi senyum jer laaaa...

Bukan nk citer pasal keja pon...aku ada buat bunga cumil - crochet...dah lama..tapi tak tau nak buat ending nya...ari tu gi bandar...tgk ada butang comel² tu..beli la sket..mana tau bole disuai padan...dan aku cuba la..semalam...ehhh ok la...bole la kan..ari nie aku bg kat anak awa. Kakak ada tanya..utk dia ker..aku kata tak..kakak lain x ya...nasib baik dia kata ya laaa...




hari nie blog nie mcm berong sket (ker aku yg berong)...kuar la skrip ntah apa. nk kecikkan gambar pon tak bole..nk kecikkan tulisan pon tak bole..tak per la esok² aku cuba lagi...

Thursday, November 19, 2009

Nafkah

Tadi baca blog Prof Kamil, citer mcm kat bawah tu. Aku pon sebenarnya samar² lg tentang nafkah..sbb tiap bulan bukan aku sorang yg kuarkan duit..byk "dia" la..tapi lain rupanya...kawan², bacalah apa yang aku amik dr blog Prof.

Tak bole nk linkkan la plak..tapi blog Prof Kamil ada kat tepi tu...mudah²an bole dijadikan panduan..



"Salam Prof dan para pembaca yang budiman,

Terlanjur Prof sudah menyentuh isu ini, izinkan saya ingin menambah. Dengan sedikit latar undang-undang yang pernah saya peroleh dan juga pengalaman menjadi peguam syarie yang tak berapa lama (8 tahun), saya banyak kali berhadapan dengan situasi begini dengan anak guam.

Isu isteri bekerja, maka suami tak perlu bayar nafkah sudah lama berlaku. Ramai isteri yang redha dan mengambil pendekatan seperti Puan Eda di atas. Benar, isteri boleh bekerja apabila suami izinkan. Tetapi, pendapatan isteri itu khusus untuk dirinya (suami tak boleh ‘pau’ gaji isteri).

Namun, itu tidak menggugurkan tanggungjawab suami daripada memberi nafkah kepada isterinya. Walaupun suami sudah beli barang-barang dapur dan keperluan rumah, itu masih lagi bukan nafkah diri.

Memanglah, adakalanya rasa serba salah hendak ‘meminta’ daripada suami, apatah lagi hendak menyatakan bahawa nafkah diri itu wajib ke atas suami. Suami akan guna alasan, “awak tu kan sudah bekerja” dan “barang keperluan dapur/rumah semua saya yang bayar”. Suami akan terus beralasan lagi bahawa ansuran rumah, kereta dan sebagainya juga dia yang bayar (misalnya).

Hukum tetap hukum. Nafkah untuk isteri tetaplah hukum juga. Oleh itu, isteri boleh bantu menggugurkan tanggungjawab suami itu (kalau tidak, nanti suami berdosa), dengan mengambil, contohnya, RM50 dan katalah, “bang, ini saya ambil buat nafkah bulan ni. nak beli lipstick” (contoh saja)

Ertinya, boleh ambil sedikit daripada wangnya – buat syarat. Lalu, tanggungjawab suami untuk beri nafkah pada bulan itu gugur.

Ada hadis yang menyebut (saya tak ingat matannya dan nama sahabat). Apabila wanita itu mengadu kepada Rasulullah tentang suaminya yang kedekut, Rasulullah bersabda, ambillah jumlah yang perlu untuk nafkah diri dan juga untuk anak daripada harta suaminya.

Para isteri pula, usahlah minta melebihi daripada kemampuan suami. Kalau suami bergaji kecil, mungkin boleh ambil RM20, nak beli buku (contohnya). Tapi, buku itu haruslah untuk dirinya. Bukan untuk orang lain. Bukan untuk beli barang untuk suami semula. (kalau beli, dan kemudian niat hadiah kepada suami, itu lain cerita).

Wallahu a’lam."

Tuesday, November 17, 2009

Sup cendawan

Sabtu ari tu..masak sup cendawan, roti bawang putih ngan salad sayur...ni makan pagi @ sarapan, aku tak tau nk masak apa sebenarnya..bahan² da ada, tgh ari tu tak masak nasi..semua org kenyang lagi..apa tak nya, roti berbelas keping tu habis kena makan, "dia" beli roti gardenia saiz yg besar. Along makan ulang 3 x, ngan ainna sekali. Ainna biasanya tak suka sgt makanan seangkatan ngan semua tu, tapi semua² tu dia makan plak...ok la kan kakak, senang sket keja mama, tak yah buat byk benda..ni x ke 2 aku buat, x pertama aku buat 2 minggu lepas

yang sebenarnya dah beberapa hari aku teringat garlic bread, mmmmm sedapnya, cecah mashroon soup, mcm kat pizza hut,makan ngan salad...nyum² nyum sedapnya, asik nk gi pizza jer..kopak la duit aku, "dia", blom + ngan aksesori utk anak² aku (tau jer la along klu kuar, mesti nk robot, tak dapat robot, ada jer la benda dia nk), alang² kawan dah ajar, buat jer la..

Sup cendawan tu...ayu yg ajarkan, pernah sekali dia masak (masa tu ada ngaji kat opis, kawan aku oder ngan dia, aku nk +, tapi tak dapat, dah abis....huhuhu..aku senyum jer, tgk bekas sup dah licin - *i*a tu namanya bukan rezeki awak, terimalah kenyataan),

Roti bawang putih tu..biasanya org guna roti perancis...malas la nk cari...guna jer la roti apa²..asalkan sedap. Cara senang nk sapu bawang putih tu...nora yg ajarkan...
Tima kasih kawan²..tak lokek ilmu...



sup nie kat mangkuk 3 liter...abih jugak..abaikan jer la mangkuk yg comot tu..roti ngan salad



Sunday, November 15, 2009

Pam baru

Hari kamis minggu lepas (5/11/2009), sampailah aku punya pam medela....aku memang sengaja beli satu lagi..senang sket, tak payah nk basuh pas tu lap..kurang la sket kerja² mengelap tu..kat umah pon aku pam juga susu, jadi bole tukar² ngan avent tu...lagi satu medela tak banyak spare part..jadi kerja mengelap tu dah kurang la. Setakat nie, ok sangat. Tak ada bunyi. Corong depan tu lembut. Masa megepam tu, ingat susu masih sket, tgk dah banyak rupanya...tambah tak susu aku? yg nie aku tak berani komen lagi, sebab minggu lepas memang tambah sket, tapi aku tak tau, sebab pemakanan atau sebab pam. Aku beli sekali botol bumble bee (BPA free), percuma plak disposable breast pad. Ok jugak, mana tau aku nk guna (dlm tu ada 36 keping, aku rasa mcm nk bg kawan, mana tau ada yg nk guna -tapi tak semua la...). Lagi ari tu aku nk tukar botol echa, nk guna yg BPA free...tapi mahalnya, yg ni murah sgt (pd aku la), tapi tak ada puting ngan tutup botol - klu nk simpan susu ok la, tapi tak apa, puting botol aku dah ada, tutup pon ada (ada simpan lama² punya - kebetulan tak buang, bila botol dah buang - jarang guna tutup tu).Semua tu aku beli ngan aja
Mula tu, "dia" pon tanya, perlu ker....aku kata tak perlu sgt, tapi yg lama banyak spare part (pernah tertinggal kat umah, jadi "dia" kena balik, tolong amik spare part yg tertinggal tu..klu tak memang tak mengepam la), pagi² biasanya aku pam juga - lebik kurang 6.45 pagi, sebelah echa minum, sebelah aku pam, jadi lepas tu "dia" memang kena tolong cuci. Sekarang dah tak, klu tak sempat cuci, aku rendam dulu (tapi aku tak tau la perbuatan aku merendam tu, akan efek kat pam @ x)


Pam medela, botol bumble bee dan free disposable breast pad. Aku suka sgt.



Wednesday, November 4, 2009

stok susu

Aku tak tau nk citer apa.....jadi aku citer susu la....masa aku amik gambar nie stok susu..bole la buat ada² dripada tak ada...hehehe, gambar dah 2 3 hari lepas..ada lebih kurang 120 cawan dadih (6 oz). Syukur...susu aku bukan la semeriah org lain..jadi dapat stok cam nie..ada rasa gumbira sket..tapi kadang risau gak..klu risau sket..susu mcm kureng (kan dah ramai org kata, jgn selalu stress....nanti hormon terganggu...susu juga kena tempiasnya)...setakat nie aku dah stop makan fenugreek tu..klu makan tu susu maintain jer...tapi masalah lain la plak. Badan bau sgt²..sampaikan rambut pon bau fenugreek tu. Pening la sekejap..terbau bau badan sendiri,
sekarang makan habatussauda + cereal (HPA punya barang), nk kata susu tambah byk tu tak juga...


Chest freezer tu mcm nk penoh la plak...."dia" caya tak, peti ais nie boleh penoh ngan susu (bukan nk bangga..peti ais ni kecik jer 115 l, tapi dulu ada org tanya aku, perlu ker peti ais tu), sekarang aku pon baru tau..peti ais tu perlu sgt²...



ni susu dlm chest freezer...sebelah tu susu utk bekalan esok, beku lg

Aku ingat nk link kan blog mengenai susu ibu..tapi ntah bila aku nk buat, blog² tu penulisnya rajin² belaka- ya, mereka memang rajin menulis ilmu mengenai susu ibu kat blog masing², apa yg ada dlm blog tu bole dijadikan panduan, terutama org yg cam aku nie. Ada ala² banyak tak tau pasal susu ibu (echa anak ke 3, baru bole susukan sepenuhnya, setakat ni dah lebih 6 bulan...insya'allah aku teruskan). Untuk tuan punya blog, saya minta izin, link kan blog kalian kat sini. Minta di halalkan segala ilmu yg saya dapat (juga yg nk singgah blog nie), moga kita semua beroleh keberkatan dunia dan akhirat, aminnnn. (susah la nk buat ayat skema ni...hehehe.