Tuesday, June 16, 2009
kasut pink @ pink booties
Thursday, June 4, 2009
DISLEKSIA lagi
DISLEKSIA
-aku baca ni, untuk diri aku sendiri sebenarnya, tapi artikel nie bes, jadi aku simpan kat sini
DISLEKSIA
Definisi
Disklesia terdiri daripada dua perkataan Yunaniiaitu “DYN” bermakna kesukaran dan “LEXIA” bermakna bahasa. Secara literalnya,disleksia bermaksud “kesukaran dalam berbahasa” (Ott, 1997). Ia bukannya satupenyakit tetapi merupakan gangguan dalam pembelajaran kepada kanak-kanakseperti masalah membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira. Oleh itu,disklesia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca danmenulis tetapi mempunyai daya pemikiran yang normal. Manakala menurut SheilaDevaraj (2006), disleksia merujuk kepada masalah persepsi otak yang menyebabkankesukaran membaca dan menulis. Mereka yang menghadapi disklesia menghadapikesukaran menyebut
perkataan panjang dansukar memmpelajari turutan seperti nama bulan dan sifir dan setiap orang yangmenghadapi disleksia tidak akan sama dengan penghidap disklesia yang lain.Masalah disleksia tidak sama dengan Afasia iaitu penyakit yang disebabkan olehkerosakan saraf otak yang akan melumpuhkan kebolehan seseorang untukberkomunikasi. Selain itu, disleksia diakui bukan sahaja menjejaskan ingatan,bahkan juga kemahiran pengurusan diri dan kadang-kala turut mempengaruhikebolehan matematik (Samsilah Roslan, 2006). Jabatan Pendidikan Khasmendefinisikannya sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searasatau melebihi murid-murid biasa tetapi mengalami kesukaran atau kelemahan yangtinggi dalam kemhiran mengeja, membaca dan menulis.
Ciri-ciri
Kadangkala disleksia sangat sukar untukdikenalpasti kerana kanak-kanak normal
yang membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca tidak jauh bezanyadengan kanak-kanak disleksia. Menurut laman web Bright Solution For Dislexia, terdapat simptom yang tertentu dapatdiperhatikan mengikut peringkat umur persekolahan seseorang iaitu:
> Peringkat Prasekolah
- Lambat bertutur
- Mencampuradukkan bunyi dan suku kata dalam perkataan yang panjang seperti ‘hospital’ akan disebut ‘hostipal’.
- Jangkitan telinga yang kronik
- Reaksi yang teruk kepada penyakit kanak-kanak
- Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai rima akhir sama iaitu apabila diminta memberikan perkataan yang sama bunyi pada akhirnya seperti ‘topi’, ‘api’, mereka akan memberikan jawapan salah seperti ‘baju’
- Sentiasa keliru antara kanan dan kiri
- Lambat dalam menentukan tangan kanan atau kiri lebih dominan
- Menghadapi
masalah mengikat kasut - Sukar mengingati alamat, nombor telefon atau huruf
- Mempunyai saudara dekat yang mempunyai disleksia
>Peringkat Sekolah Rendah
- Disfragia iaitu tulisan tangan yang lambat, tidak automatik dan sukar dibaca
- Berterusan membalikkan huruf atau nombor sehingga melepasi tahun 1
- Mengalami kesukaran yang ekstrim mempelajari tulisan sambung
- Masih ada masalah apabila memasang butang baju
- Bacaan yang lambat, terputus-putus dan tidak tepat
selalumeneka perkataan berdasarkan kandungannya seperti perkataan ‘dia’ –
‘ada’ atau ‘lagu’ – ‘gula’
-
mencicirkanatau salah baca kata penghubung seperti di, pada
-
mengabaikankata awalan semasa membaca
-
tidakdapat membaca atau membunyikan perkataan yang tidak pernah dijumpai
- sukar mengingati perkataan buka fonik dalam bahasa inggeris (sight word) seperti ‘eye’ dan ‘ear’
- sukar memberitahu masa berdasarkan jam yang menggunakan jarum
- mengahdapi masalah matematik
sukarmenghafal jadual sifir
-
sukarmengingati siri langkah-langkah operasi matematik
-
sukarmembuat operasi mental berkaitan arah
- kesukaran mencari perkataan yang tepat semasa bertutur
banyakmenggunakan perkataan seperti “apa tu...”, “err....”
-
ucapanbiasa dituturkan dalam keadaan terbalik seperti “sikit-sikit, lama-lama jadibukit” mungkin dituturkan “lama-lama sikit-sikit jadi bukit”
- bilik, beg atau meja tulis yang sangat berselerak.
- Sangat tidak suka pergi ke sekolah
Mungkinmengadu sakit perur atau sakit kepala
-
Mengalamimimpi buruk mengenai sekolah.
>Peringkat Sekolah Menengah
- Perbendaharaan kata yang terhad
- Kelemahan yang sangat ketara apebila menulis sehingga terdapat perbezaan yang jelas antara kemahiran verbal (lisan) dan karangan
- Tidak dapat menguasai bahasa asing atau bahasa kedua
- Kesukaran membaca not muzik
- Gred yang rendah dalam kelas
- Mungkin keciciran di peringkat sekolah menengah
> Peringkat Dewasa
Orang dewasa yang mengalami disleksia akanmengalami pendidikan sama dengan peringkat prasekolah, sekolah rendah, danmenengah. Selain itu, mereka juga:
- Membaca dengan lambat
- Mungkin terpaksa membaca satu halaman dua hingga tiga kali untuk memahaminya
- Selalu silap mengeja
- Mengalami kesukaran melahirkan idea atau buah fikiran dalam bentuk tulisan
- Oleh itu, mereka tidak suka menulis memo atauun surat
- Masih mengalami masalah dengan arah seperti kiri atau kanan
- Sering sesat walaupun dalam kawasan biasa
- Kadang-kala keliru antara ‘b’ dengan ‘d’ terutamanya
semasa penat atau sakit.
Monday, May 18, 2009
Lepas abis pantang
beg along...bole pakai gi ngaji..
Beg oshin
Aneesa
Monday, May 4, 2009
RE yg baru
Aku terpaksa jadi tukang jahit
Aku rasa tak ada mesin jaet, hidup ku tak ceria, bukan ker dari kecik aku "terpaksa" menjaet (jadi bila tak ada mesin jaet, hati aku rasa kosong, hehehehehe), jadi aku beli la mesin kat bawah tu..RM 350 klu tak silap...aku beli kat kedai apek kat Pt Raja. Brand Omega..dlm dia brg Singer..aku da tgk..apek tu pon ada cakap cam tu..mesin nie senang sket..klu rosak ada brg ganti. Aku tersangatla sayang kat mesin jaet nie..mesin nie la yg siapkan langsir umah aku...jaet baju aku..baju family aku yg koyak..mcm² la..tapi tak bole jaet tebal..masa aku siapkan langsir..dia meragam..rupanya "setting" nya lari..."dia" tolong antar gi betulkan..ok sampai la sekarang.
Mesin jeat guna kaki nie..kiranya mesin jaet yg ke-2, ok la jugak..
Haaaa yg nie mesin ke-4 aku beli. Nie kira anak syarikat Epal yg jual (kata yg jual la), Aku beli ngan promoter yg dtg rumah..mula aku tak tau pon brand epal nie..ringo ni..lg la aku tak tau. Masa dia dtg tu "dia" ada sekali..dengar sekali penerangan org tu..pas tu "dia" tak pikir lama. "Dia" kata, mama nak ker (agaknya "dia' tgk muka aku cam suka la kot)....aku di tanya soalan cam tu...cepat² aku angguk, saper yg tak nak kan. Pas tu aku ckp ngan "dia" mana ada duit.."dia" senyum jer. Promoter tu cakap bayar sikit dulu kak...bole bayar ansur²..tapi mahal sket..klu bayar cash..kurang Rm 100 tak silap aku la...duit beli mesin nie "dia" tambah Rm 500..jadi tak la byk sgt aku kena tambah...beli mesin nie..ada kelas percuma...tapi aku tak pernah pergi..jauh la..kat JB...byk jugak jaetan yg aku dah jaet guna mesin nie...
"Dia".....terima kasih...menyokong minat ini...selalu bg komen membina, bg pendapat yg bernas (kadang² ada perli gak tu..heheheh), lepas nie...mama belajar masak plak
Saturday, April 4, 2009
19 hari
Ari Isnin 16/03/2009- tgh aku balik (waktu rehat), tak sangka ada kuarkan tanda. Tak sakit lagi, cuma baby suka mengeras, aku bajet, masuk waktu pagi esok rasanya baru bersalin. Petang tu dapat sebungkus nasi, kawan aku buat akikah babynya (bersalin bulan 1), aku sempat makan nasi tu.....biasanya aku tak makan daging kambing....tapi ari isnin tu..aku bole plak makan daging tu....aku pon pelik. rupanya malam tu aku nk bersalin..
Mulanya aku malas nk gi hosp. Aku rasa lama lagi. Malas nk duduk kat wad. Tapi kena paksa pergi (mak, bapak ngan adik² aku, paksa aku pergi)....alhamdulillah pukul 10.16 mlm aku selamat melahirkan baby pompuan, beratnya 3.5 kg.
Sufi Sofiea Aneesa...nama baby ku....lebih kurang nama kakak dia juga, Sufi Sofiea Ainna dan along, Muhammad Sufi Arfan.
Gambar tak amik lagi.
Tapi ari nie....biarpon dh 19 hari...baby ku kuning lagi (juandice- betul ker ejaan nie?)...semalam adik aku amik darah dia....bacaannya 16.6 (jumaat - 03/04/2009)..tinggi tu..apa aku nk buat..segala petua dh aku cuba..kuningnya tak ok gak....mula petang semalam sampai sekarang aku bg air zam-zam. Aku ingat, nk mintak tolong adik aku..tolong uruskan masuk wad....tapi sekarang wad tu tgh digunakan utk budak sekolah (ada kes keracunan makanan)...tak tau la bacaan kuning utk ari nie...biarpon kuning tu nampak cam tak de apa², sebenarnya byk bwk kesan.
Mama doakan Neesa cepat sembuh...mama risau...
Thursday, February 19, 2009
Ainna oh ainna
Semalam ainna tak gi rumah pangasuh...kebetulan along dicutikan..jadi aku antar umah mak..biasa klu ainna demam..memang mak suh anta sana (kesian mak jugak sebenarnya..dia bukan sihat sgt..tapi dia kata tak sampai ati tgk ainna)..siang semalam dia muntah sekali.. + ngan buang air besar (cair)..aku tk bg susu lagi..bila minum susu mcm nk muntah..
Malam tadi ...aku terjaga kol 11.30 mlm..tgk ainna..aku tertanya² nape la dia naikkan suar dia sampai kat peha..aku ingatkan dia kepanasan..bila teguk betul²..la kuar gegata la plak (bintat besar)..tu kat belakang lutut dia (dia tido tertiarap)..bila aku pasang lampu..selak baju dia...dh penuh bhgn perut dia ngan gegata...leher dia sampai menggelebeh sebab gegata tu la (ainna kurus..leher dia tak cam tu)..kat ketiak..kat lengan...aku amik ubat sapu (krim gamat,krim jer yg ada kat umah)..mula dia mcm tak bole tido..gatal + pedih sket la rasanya..sampai kol brape aku tak perasan..aku pon tak bole tido tunggu dia (menangis..tapi tak la kuat)....aku tanya kakak nak minum..dia kata nak. "Dia" tolong dukung bawak gi dapur..tapi tak minum pon..pas tu baru la dia tido...
Sian kakak ainna...makin dekat ari mama nak bersalin..mcm² la plak..nasib baik dia kecik..klu mintak dukung tak la penat sgt...mama doakan kakak cepat sembuh (sedih sebenarnya, tinggalkan dia pg keja..tapi nk buat cam ner...nie pon teringat kat ainna)...