Wednesday, November 9, 2011

Fakta Pemakanan - Dr. Nadrah

Nak kongsi mengenai fakta pemakanan, untuk ibu menyusukan....ini FB Dr. Nadrah ( Malaysian Breastfeeding Peer Counselor)




AkuCopy paste dari blog FID.....aku tak ubah apa² tau (cuma wall Dr. Nadrah tu aku print screen...ejas sket)...jom baca...


OK…saya copy paste dengan izin ya

Wall Dr.Nad

Harini saya dpt msg promosi dr smbody “Klu kita dah maintain pengeluaran susu dgn baik,tp susu masih merudum, maknanya ibu tu kekurangan kalsium, so belilah set utk menyusu ni dgn saya ye”…hahh?? Fakta apa nih? FIY, ni saya bg fakta EVIDENCE BASED MEDICINE ye…sila baca satu persatu dibawah ini. Saya faham anda nak lakukan produk, tp jgn smpi anda manipulate fakta n manipulate penyusuan susu ibu.

Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.

Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu…maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.

Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?

Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement’s promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement….tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.

Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang….kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.

Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.

Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap “usaha” membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.

Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.

Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.

Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

10 fakta yang Doktor Nadrah kongsikan dengan kita…

OK…jemput baca dan digest yang mana patut…

Untuk pengetahuan..Dr.Nad adalah seorang doktor yang berkhidmat untuk negara…beliau adalah lactivist yang sangat aktif di Perak dan Malaysia…MBfPC team penyokong penyusuan susu ibu..

OK?kalau tak setuju jangan komen kat sini ya sila pi komen kat wall Dr.Nad..sebabnya semua ni fakta yang dikongsikan oleh beliau..

okay??

tak setuju JANGAN komen kat blog saya…

Makan suppliment TAK salah pun….Tapi jangan salah goreng untuk melariskan yaaa…


setiap org ada pendapat sendiri kan.....:)



Tuesday, November 1, 2011

Booties & Hair band

Booties ni awa yg tempah (Alhamdulillah siap gak set ni)....ngan hair band sekali...tapi tau jer la ..aku ni lambat nk menyiapkan...almaklum la...ramai anak, termasuk anak tekak...:)

Tapi seronok gak buat kasut kecik ni..paten baru...pada aku baru...mungkin dah lama pada orang lain...aku jumpa kat satu blog ni, dia ada kongsi paten..tapi seperti seadanya..aku ubah paten tu...awa nk ukuran besar 11cm...jadi kena ubah sket la..memula tu tak cantiknya..depan kasut kecik tu, ala² keta kebal pon ada...apa lagi..bukak semula..betulkan..cam tu la kalau paten dah berubah...biar pon sikit jeerrr...

ni blog tu....kalau sesapa tak pandai baca instruction...blog ni bole jadikan rujukan
crocheybebe.blogspot.com


paten ni jer tak ubah² lagi..nampak sangat aku
suka ubah paten kan....:)



rupa kasut kecik tu..dah lain sgt dari blog yang
aku tgk kat blog tu..



set yang awa tempah...harap anak sedara dia
selesa pakai dan suka pakai...aku tumpang suka
gak..

Sunday, October 30, 2011

Topi

Topi tempahan kawan....nak paten shell @ kerang.....search kat internet ......jumpa kat sini ....dah ubah sket paten ni....dia nak kembang sket kat bahagian bawah topi tu...



ni topi tu...hijau ngan of white (benang cotton
bali)...dia nk bunga merah..tapi tak ada warna
merah menyala...merah tu pon ok gak kan :)



ini plak paten topi tu....kalau rajin cari kat blog ni,
memang banyak diagram dia bagi.....sesuai la
utk orang yg tak pandai instruction cam aku ni..



-----> ni blog tu http://crochetconamor.blogspot.com

Thursday, October 20, 2011

Hijrah

3 minggu lepas..kawan ku berhijrah ke jabatan lain..atas arahan...sedih tau..kita org berkawan dan satu opis sejak dari mula kerja (dari zaman muda belia..kehkehkeh)....sampai la sekarang..dari zaman gaji kecik..sekarang aku tinggal bertiga...awa ngan ina la kawan buat kerja² ni...dan kamek ni..tunggu jer la..bila masanya akan di keluarkan...

Mudah²an penghijrahan sahabat ku ni..membawa kebaikan di dunia dan akhirat...

p/s----- klu ko baca blog ni...ko doakan kita org ya...mudah²an dapat buat yg terbaik utk jabatan ni....

Crochet bag

Beg ni tempahan Cikgu Ana - cikgu kelas Ainna....dah lama dia tempah...sebelum hari raya hari tu...tapi masa tu aku tgh seiapkan tempahan lain...2 minggu lepas aku bagi kat dia....
Beg ni bahagian dalam ada lining...jadi klu bawak benda kecil...tak la tercicir....betul tak...
Benang aku double kan....(sebab tu ari tu beli jarum kait ngan Ery...tak ada saiz 5 dlm simpanan)
Paten..aku ikut kat sini..tapi ada ubah sket²..ikut citarasa aku (untung jadi...klu tak...heheheh..)...aku pernah jumpa gak lebih kurang cam ni..tapi tak ingat kat mana..
Bahagian tapak..aku ikut paten yg pernah aku buat utk beg anak Kak Ida



Beg ni besar..pertama kali buat besar cm ni
16" x 3" x 13"...tapak tu cikgu Ana memula nk
lagi lebar..tapi aku tak sanggup nk mengait...
jadi dia setuju ngan 3" tu...lebih kurang 5 - 6
buku benang aku guna utk keseluruhan beg ni..
bunga tu Cikgu Ana yg mintak di kaitkan cam tu
Pada aku cantik plak (heheheh perasan)
..bunga kuning
aku doublekan benang gak
.

Friday, September 30, 2011

Crochet blog

Aku search kat google dot com....dapat la link blog² ni...

ni sticky mode ya kawan²....
* LA MAMA SHIO
* cristinashomemade
* diana-missydaisy
* Da'Knit
* theremariaesuasmanias
* pinkrosecrochet
*falando de crochet

*fazendocroche

*bebecroche-tricot
kat blog ni...ada gunakan diagram gak...sesapa yg guna paten diagram...bole la rujuk kat blog² ni...nanti kalau aku jumpa lagi..aku ap det kat sini..mudah²an dapat dimanfaatkan ilmu yg ada kat situ..

* paten star kat bawah tu..rasanya aku dapat kat salah satu blog/web kat atas tu...YA ALLAH..betul² lupa ni...aku cuai..patut nya dapat paten terus buat catatan, apa nama blog nya kan

Tuesday, September 27, 2011

Giveaway...

Nak benang free tak...jom gi Da'Knit....ada give away kat situ....tak semapt aku nk war²kan (ceh...mcm ramai jer kan baca blog aku ni....)...
rasanya blom terlambat...aku dah terbaca lagi ari tu..tapi tu la....aku sibukkan tulang 4 kerat ku dgn buat kerja lain (aku bz sket dengan kerja² hakiki....hikhikhik)
Join tau jgn tak join...
Link

Thursday, September 22, 2011

Topi, head band @ hair band

Topi Arfan @ along yg pernah aku buat....aku bg kat adik aku..along tak nak pakai la plak..dia kata tak cantik...heheheh...malu ai mendengarnya...salah paten agaknya (ada ala² topi perempuan)..sebab topi tu kaler kelabu, adik ku kata tak brape menarik kalernya...adik aku nk aku kaitkan bunga yg besar dengan kaler yg terang, turutkan gak permintaannya, pink terang...hijau terang...aku double kan benang tu - besar la bunga tu - benang nona jer -...

siapkan tempahan awa....head band @ hair band...guna benang cotton..tali tu aku double kan benangnya (benang kecik - hook saiz 2 la rasanya klu guna tulip punya hook)...masa beli benang tu..aku tak brape pandai nk tgk..patut nya tgk la benang tu guna saiz hook brape..beratnya...panjang nya..sekurang² nya tau besar mana benang tu....tu la kan pandai sangat..tapi tak apa, dapat pengalaman baru...tak ingat la beli kat web mana...dah lama sangat


topi yg dah berubah sket rupa bentuknya apabila digandingkan dengan
bunga
pink terang ini...hehehehehe



bunga tu guna benang cotton bali ..tali tu la
yg aku doublekan..tapi ok jer..nampak sempurna
(huhh ayat sedapkan ati sendiri..tapi awa suka,
ok la kan...harap si penerima pon suka..hehehe)






Tuesday, September 20, 2011

Echa dan susu

16/09/2011- Genap la umur Echa 2 tahun 6 bulan....Alahamdulillah dia masih menyusu badan sepenuhnya .....dan waktu ni la susu ku tak sebanyak dulu..merundum teruk...
bulan puasa ari tu...aku memang dah tak bangun malam utk mengepam-bulan puasa kan penat sket (alah alasan aku jer tu...malas nk bangun sebenarnya....harapkan dia bangun menyusu jer ...sampai sekarang Echa masih bangun utk menyusu...waktu dia bangun pon lebih kurang sama jer ....pukul 1 pagi...pukul 3 ..last pukul 5....dan pukul 7 sebelum mandi gi umah Mak Wo...

Vitamin.....ermmmm...bulan puasa taun ni gak..aku tak amik vitamin....cuma minum Soy Protin (Shaklee) jer...Alhamdulillah ...minum soya tu..aku tak rasa terlalu letih...masih bole masak utk berbuka (taun ni gak..aku tak beli sgt kat bazar ramadhan)...ada pergi dlm 4 kali jer (cari kuih yg aku tak pandai buat)...susu masa ni memang dah merundum pon..tapi ada lagi utk aku pam..

Vitamin tu ada lagi sampai sekarang..biar pon aku beli Trial Pack ...sekarang beberapa kali perahan tinggal 6 oz jer..lagi2 ari tu aku demam... ntah la sampai bila ntah stok tu bole bertahan..

Dah cuba bg Echa susu lain..termasuk fresh milk...tapi Echa tak nk...dia muntah..sian sgt..sebab tu selagi ada..akan aku pam susu ni...



stok susu tinggal ni jer



ni..perahan bulan 6...


dulu ice pack ni..tak muat letak kat sini....kena
letak kat peti ais lagi satu...sekarang banyak dah
ruang kosong kat dlm deep freezer ni

Monday, September 12, 2011

Hair band ngan booties

Lama rasanya aku nk buatkan booties ni utk seseorang....ni guna benang besar sket ...hook saiz 6....dan aku guna hook baru. aku beli dari ERY...- ada aku punya testimoni la kat situ...hehehe....sangat best hook ni..gambar tak sempat nk snap...ringan....yg brand tulip tu best gak..jadi kemana² aku pergi..aku angkut semua 4 hook tu (cap tulip tu aku ada 2 ngan cap clover ni ada 2..)


aku buat ni kurang besar la rasanya...(tu la nk bg kat org
tapi malu nk tanya saiz kaki anaknya....) bby pakai
ngam² jer...alahai...mintak² baby selesa..dan
mak bby suka
..guna cotton bali ngan benang dr
thalenta..



head band / hair band / cekak yg sempat aku siap
kan sebelum raya ari tu..baru ni sempat ap det,
guna cotton bali