Friday, March 12, 2010

Booties warna cokelat

Lepas siapkan tempahan Yana...aku siapkan kasut nie..aku bg kawan "dia"..kakak tu dah lama bersalin..dah besar agaknya anaknya (lama tak jumpa ngan baby dia). Bulan puasa ari tu kawan² "dia" berbuka ramai²...akak tu ternampak echa punya booties aku jaet...dia mintak aku jaetkan...tapi aku memanjang tak sempat...jadi aku buatkan booties ni jer....(harap² akak suka..dan muat utk anak akak)



nie la booties ni..tak terang kan gambar ni..camera la ni...tak per la..janji ada kenangan apa yg aku buat...

Tuesday, March 9, 2010

Biru booties, beg string

Hari sabtu ngan ahad..siapkan beg string ni...nk isi echa punya cd...senang sket, tak la hari² guna beg plastik, kurangkan sket pencemaran. Aku ada niat gak ni sokong kempen apa ek...sayangi dunia kot...kurangkan pencemaran.
Lagi satu yg aku berangan kan..aku nk buat ni
( FID - tuan punya blog tu, saya minta maaf, sebab nk ikut idea awak).Aku nk cuba cari kainnya....ok gak kan jimat pon jimat..

Aku siapkan gak booties ni. Kawan satu opis tempah...tima kasih ek Yana, sudi tempah..tima kasih..


string beg yg aku jaet..biar pon tak brape cantik...aku suka..sebab aku yg jaet..heheheh




kasut kecik...paten sama ngan kaler hijau...

Friday, March 5, 2010

Biru - baby booties

Booties ni aku siapkan hari ahad ari tu....ukurannya 10.5 cm @ 4 2/8 inci..masa blom siap lagi aku tanya "dia"...ok tak ni...ada ker dia kata mcm tak ok jer...huhuhu...bila dah siap baru "dia" kata..ok gak la....ok sesapa nk beli email kat aku ek...aku_tulip@yahoo.com


ni la dia...booties biru tu..aku suka yg ini

Thursday, March 4, 2010

Panduan - untuk wanita

Tadi emma ada bagi aku email, citer pasal kita punya solat dihujung period...aku letak kat sini...untuk aku jugak..ari tu hubby awa, ada tegur dia pasal ni...dia citer kat aku semula, dan baru la aku tau...kiranya aku tau pon blom lama la....kawan² yg dah tau, jgn gelakkan aku ek....jahil pasal benda ni...kat bawah tu citernya..


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam....kenapa hal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;

"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."

perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Thursday, February 25, 2010

Booties - hijau

Lagi ari tu aku nk buat booties lelaki...tapi tak pandai², dapat la plak idea cam ni. Jadi la kasut tu cam tu..dah banyak hari juga aku biarkan tapak tu tak terusik, aku selalu berangan nk buat lagi cantik...mudah²an jadi..ilmu tak setinggi mana...berangan jer lebih..



kasut yg aku kait...buat utk lelaki plak..ada yg berkenan...hg berpatutan..heheheh

Tuesday, February 23, 2010

Booties - Echa punya

Ni echa punya bootie...dah brape kali aku buat...kali ni baru berjaya..dapatkan saiz kaki dia lebih kurang 10 @ 11 cm...dah testing pakai...ok..Tapi dia mcm pelik bila kaki dia pakai bootie tu~~~~~tau la kan mama dia nie baru pandai buat, dan pertama kali pakai...tapi tak yah lah buat perangai ala² tak pernah pakai kasut...eiii echa tak paham lagi la...~~~~



bootie echa...masa dia pakai tak sempat nk amik gambar...(tapi teringin juga nk amik gambar kaki dia tu...)



ni pertama kali aku buat...tapi bukan saiz echa..echa tak nak pakai topi..apa yg ada kat kepala, klu bole semuanya dia nk buang.

Monday, February 22, 2010

Booties kait

Sekarang aku buat booties kait ni..tak hari² buat pon...bila sempat...mula ku buat utk suka²..tapi aku rasa bole di komersialkan...aku buat utk echa sebenarnya (ada juga bg kawan² yg baru dapat baby)..tapi mula² buat tak tau nak agak saiz...jadi la saiz yg macam²..sekarang dah ok sket la..dah bole agak sket saiz tu...ada sesapa nk beli...bole..insya'allah aku bole buatkan..tapi paten mcm tu...utk anak² lelaki..on de way..tgh siapkan termasuk la topi..nanti ada masa aku nk masukkan lagi...sape nk tempah, bole la email kat sini..aku_tulip@yahoo.com











yg ni kali ke 2 buat...besar sgt...tak jadi, ntah apa² la tu....

Sunday, February 21, 2010

Untuk wanita

Terbaca pesanan ni kat blog asmaa....pada aku sangat berguna...yg pertama tu..selama ni tak pernah aku buat..YA ALLAH..terima kasih diberi kesempatan jumpa ngan artikel ni..dan biasanya bila anak tanya..nape mama tak semayang, tak tau nk cakap apa...sekurang²nya terjumpa artikel ni...aku bole buat sesuatu...utk asmaa..tima kasih bg akak kebenaran amik artikel tu dan letak kat sini. Mudah²an sesapa yg baca..dapat sesuatu yg dapat di manfaatkan...aminnn


6 pesanan khusus untuk wanita


pengisian di hari jumaat yang mulia ini.


Artikel ini diambil dari koleksi artikel myMasjid :oleh ulama muktabar


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.


2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."


4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.


6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Friday, February 19, 2010

Kusyen

Lebihan kain sarung kusyen ari tu..aku jaet buat sarung kusyen ni plak...kusyen ni kecik jer 16 x 16 inci..buat 5 biji..sorang satu..lama aku nk buat kusyen ni...tapi tak terbuat..kali nie serius nk jaet..balik rehat tgh ari pon sanggup aku jaet tepi jap kain² tu...Kebetulan tilam along masa baby dulu tak guna lagi.. bantal kecik² yg sarungnya ala² kain buruk tu...aku amik kekabunya...cukup utk 5 biji kusyen ni..tapi leper sket la..tak tembam kusyen tu..kekabu kurang...malas la nk beli lagi..



sempat amik gambar ni jer..dalamnya tak sempat amik la..

Monday, February 1, 2010

Apa yang aku beli

Aku beli barang² ngan zila kasim....lama dah, tak sempat nk ap det blog ni. Sejak² ni pon blog ni tak bole nk ejas² gambar ke apa...jadi la gambarnya mcm kat bawah tu. Ni kali kedua beli cucito..tak sempat nk buat lagi apa² jenis baju pon. Beli plastik vinyl jugak...aku ingat nk buat string beg...nk isi echa punya cd yg kotor..pon tak sempat buat lagi...echa susah sket nk ditinggal² buat keja..ari tu mula nk majalah lain..tapi tak jadi..jadi duit buku ada lebih..aku beli la butang tu....zila bagi aku tisu pouch....suka²...






cucito yang aku beli..aku suka majalah ni..ada paten..aku bole tiru



plastik vinyl yg aku beli...tak tau lagi bila nk cuba iron benda ni...yg penting kain da ada..



butang ngan tisu pouch...comel kan...pouch isi tisu tu pon cantik...comel kan,
sebenarnya aku teringin hasil jaetan dia..kecik pon tak apa..buat kenang²an