Saturday, August 8, 2009

Buku

Minggu lepas beli buku ngan zila, best sangat..pada aku la..kat dalamnya ada paten sekali...byk gak paten. Bole la aku tekap paten tu...heheheh aku tak suka buat paten..kan buat baju tu ada kiraannya..tu yg aku lemah..jadi ada paten nie..senang sket kan...aku ada beli buku lain..tapi bukunya tak ada lagi kot (beli ngan zila gak)...nanti klu dah sampai, aku letak kat sini gak.

Ada jugak aku beli majalah quilt...majalah tu ada paten jugak..tapi tak terbuat lg..tapi aku minat. Aku kumpul jer..heheheh..mana tau kan satu hari aku ada masa nk buat..

nie buku / majalah tu..ada paten..bole aku tekap jer nanti..mana tau aku nk buat baju utk ainna ngan echa



nie plak majalah quilt tu..aku suka majalah nie.



Jahit barut


Lepas jaet pink booties..aku jaet barut utk neesa @ echa - org tpt aku panggil barut gantung..istilah tpt lain tak tau la plak..masa aku jaetkan barut nie, umur neesa @ echa baru 3 bulan +. Sekarang dah tak muat. Masa dia muat pakai aku tak amik gambarnya...nape ya..terlupa la..aku rasa aku buat mcm terkecik la plak..sayang... dia pakai kejap sangat. Aku buat pon tak banyak - 6 helai jer.



nie la barut tu...bhgn belakang guna velcro..senang bila nk pakaikan....baru nie la sempat amik gambarnya..



Thursday, July 30, 2009

Giveaway

Aku tak pernah menyertai apa² giveaway sebelum ini...takut la nk menyertai..tak konfiden pon ada..
Tapi..dimudahkan citer...maklang ada buat la plak giveaway nie..aku tertarik la..sebab adiah nya menarik..heheheh..mana bole mengharap kan..rezeki tu kita tak tau..cuma bole cuba..jom la ramai² masuk.mana tau mak lang ada extra hadiah...heheheh...pada aku syarat tu aku mampu buat..


Ini la hadiah yg maklang tgh siapkan utk jadikan sebuah beg....cantik kan ...maklang biasa ada jual kat sini ...
cara jaetan nya bukan alang²,
bukan sebarang,
bukan kerana wang,
tapi kepuasan,
bukan tiru sana sini,
tapi ada "trademark" tersendiri'
dan asli.

lagu satu blog jaetan/jualan yang best (http://ribbonchanteq.blogspot.com/)
blog nie secantik namanya
banyak pilihan yg menarik dan cantik,
cara jaetan seakan kakak dgn adik (mak lang la tu..hehehe)
tetap ada daya penarik,
pada harga yg mampu milik,
tetap ada identiti tersendiri,
yg tak perlu dikhuatiri,
namun tetap asli.

Monday, July 27, 2009

Tag dr roha

Nie tag dr roha (betul ker aku orgnya..heheheh..klu tak betul cam ner ek)

1. kenapa korang rasa korang patut dapat award ni ?
Aku suka menjadi blogger...
Aku suka belajar benda baru kat blog nie (edit mengedit)
Aku suka tgk dan baca blog org lain....mana bes aku link kan kat blog aku nie..(harap tuan punya blog tak marah )

2. ucapan penghargaan kepada sesiapa sahaja, setelah anda menerima award ini..
ucapan ek....aku ucapkan terima kasih kepada kawan aku emma ...sebab dia aku buat blog aku nie + rajin mengedit blog aku...juga buat roha (kawan siber aku paling lama)...juga utk pembaca yg sudi singgah kat blog aku....

3. korang wajib bg 10 orang penerima award ini
10 ek..tak ramai kawan blogger la...bg la kat emma (satu jer bole tak..heheheh)

-p/s utk roha..klu betul aku orgnya...tima kasih ya ko bg award nie...tag yg dulu aku ingat lg..tapi aku tak jawap (teruk kan aku)

Friday, July 17, 2009

lama tak up date

Dah sebulan aku tak up date blog nie....dlm diam dah lama rupanya...byk citer sebenarnya..tapi tak sempat la...ari tu komputer kat rumah tak bole guna nk tgk intenet..tak tau nape..tak sempat nk cek..tapi semalam "dia" kata bole plak..pulak dah..ada masa aku nk update semula la blog nie...insya'allah.

Tuesday, June 16, 2009

kasut pink @ pink booties

Hujung minggu siapkan kasut kecik nie. Aku nak bagi kat anak kawan...paten nie pertama kali aku buat..tgk mcm cantik, apasalahnya cuba kan..paten tu dapat kat sini, tapi paten tu aku ada "adjust" sket..dah lama cari paten booties yg cam nie..ada jumpa tapi tak konfiden nk buat, jd paten nie jer la aku guna. Aku harap sangat kawan aku suka kasut kecik nie ..maklumla tak pernah buat, jaetan ngan lining nya tak berapa kemas. Bahagian luar kasut nie, guna kain felt, lining aku guna kain catton (catton murah jer, semeter rm 7, kain lebihan neesa punya alas -yang asalnya nak buat selimut)


rupa kasut yg aku buat..tak puas hati..mcm ada something tak kena la..tapi apa ek...hehehehe..sendiri buat, sendiri komen..mana bes..




Thursday, June 4, 2009

DISLEKSIA lagi

Ini ada lagi pasal disleksia....citernya sama mcm kat forum. Aku tgh cari maklumat pasal sindrom nie.

DISLEKSIA

Tadi terbaca ini kat forum (klu tak bole baca,...kena daftar dulu, log in baru bole)
-aku baca ni, untuk diri aku sendiri sebenarnya, tapi artikel nie bes, jadi aku simpan kat sini

DISLEKSIA



Definisi

Disklesia terdiri daripada dua perkataan Yunaniiaitu “DYN” bermakna kesukaran dan “LEXIA” bermakna bahasa. Secara literalnya,disleksia bermaksud “kesukaran dalam berbahasa” (Ott, 1997). Ia bukannya satupenyakit tetapi merupakan gangguan dalam pembelajaran kepada kanak-kanakseperti masalah membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira. Oleh itu,disklesia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca danmenulis tetapi mempunyai daya pemikiran yang normal. Manakala menurut SheilaDevaraj (2006), disleksia merujuk kepada masalah persepsi otak yang menyebabkankesukaran membaca dan menulis. Mereka yang menghadapi disklesia menghadapikesukaran menyebut
perkataan panjang dansukar memmpelajari turutan seperti nama bulan dan sifir dan setiap orang yangmenghadapi disleksia tidak akan sama dengan penghidap disklesia yang lain.Masalah disleksia tidak sama dengan Afasia iaitu penyakit yang disebabkan olehkerosakan saraf otak yang akan melumpuhkan kebolehan seseorang untukberkomunikasi. Selain itu, disleksia diakui bukan sahaja menjejaskan ingatan,bahkan juga kemahiran pengurusan diri dan kadang-kala turut mempengaruhikebolehan matematik (Samsilah Roslan, 2006). Jabatan Pendidikan Khasmendefinisikannya sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searasatau melebihi murid-murid biasa tetapi mengalami kesukaran atau kelemahan yangtinggi dalam kemhiran mengeja, membaca dan menulis.


Ciri-ciri

Kadangkala disleksia sangat sukar untukdikenalpasti kerana kanak-kanak normal
yang membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca tidak jauh bezanyadengan kanak-kanak disleksia. Menurut laman web Bright Solution For Dislexia, terdapat simptom yang tertentu dapatdiperhatikan mengikut peringkat umur persekolahan seseorang iaitu:

> Peringkat Prasekolah
  • Lambat bertutur
  • Mencampuradukkan bunyi dan suku kata dalam perkataan yang panjang seperti ‘hospital’ akan disebut ‘hostipal’.
  • Jangkitan telinga yang kronik
  • Reaksi yang teruk kepada penyakit kanak-kanak
  • Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai rima akhir sama iaitu apabila diminta memberikan perkataan yang sama bunyi pada akhirnya seperti ‘topi’, ‘api’, mereka akan memberikan jawapan salah seperti ‘baju
  • Sentiasa keliru antara kanan dan kiri
  • Lambat dalam menentukan tangan kanan atau kiri lebih dominan
  • Menghadapi
    masalah mengikat kasut
  • Sukar mengingati alamat, nombor telefon atau huruf
  • Mempunyai saudara dekat yang mempunyai disleksia


>Peringkat Sekolah Rendah
  • Disfragia iaitu tulisan tangan yang lambat, tidak automatik dan sukar dibaca
  • Berterusan membalikkan huruf atau nombor sehingga melepasi tahun 1
  • Mengalami kesukaran yang ekstrim mempelajari tulisan sambung
  • Masih ada masalah apabila memasang butang baju
  • Bacaan yang lambat, terputus-putus dan tidak tepat
-
selalumeneka perkataan berdasarkan kandungannya seperti perkataan ‘dia’ –
‘ada’ atau ‘lagu’ – ‘gula’
-
mencicirkanatau salah baca kata penghubung seperti di, pada
-
mengabaikankata awalan semasa membaca
-
tidakdapat membaca atau membunyikan perkataan yang tidak pernah dijumpai
  • sukar mengingati perkataan buka fonik dalam bahasa inggeris (sight word) seperti ‘eye’ dan ‘ear’
  • sukar memberitahu masa berdasarkan jam yang menggunakan jarum
  • mengahdapi masalah matematik
-
sukarmenghafal jadual sifir
-
sukarmengingati siri langkah-langkah operasi matematik
-
sukarmembuat operasi mental berkaitan arah
  • kesukaran mencari perkataan yang tepat semasa bertutur
-
banyakmenggunakan perkataan seperti “apa tu...”, “err....”
-
ucapanbiasa dituturkan dalam keadaan terbalik seperti “sikit-sikit, lama-lama jadibukit” mungkin dituturkan “lama-lama sikit-sikit jadi bukit”
  • bilik, beg atau meja tulis yang sangat berselerak.
  • Sangat tidak suka pergi ke sekolah
-
Mungkinmengadu sakit perur atau sakit kepala
-
Mengalamimimpi buruk mengenai sekolah.


>Peringkat Sekolah Menengah

  • Perbendaharaan kata yang terhad
  • Kelemahan yang sangat ketara apebila menulis sehingga terdapat perbezaan yang jelas antara kemahiran verbal (lisan) dan karangan
  • Tidak dapat menguasai bahasa asing atau bahasa kedua
  • Kesukaran membaca not muzik
  • Gred yang rendah dalam kelas
  • Mungkin keciciran di peringkat sekolah menengah

> Peringkat Dewasa

Orang dewasa yang mengalami disleksia akanmengalami pendidikan sama dengan peringkat prasekolah, sekolah rendah, danmenengah. Selain itu, mereka juga:
  • Membaca dengan lambat
  • Mungkin terpaksa membaca satu halaman dua hingga tiga kali untuk memahaminya
  • Selalu silap mengeja
  • Mengalami kesukaran melahirkan idea atau buah fikiran dalam bentuk tulisan
  • Oleh itu, mereka tidak suka menulis memo atauun surat
  • Masih mengalami masalah dengan arah seperti kiri atau kanan
  • Sering sesat walaupun dalam kawasan biasa
  • Kadang-kala keliru antara ‘b’ dengan ‘d’ terutamanya
    semasa penat atau sakit.

Monday, May 18, 2009

Lepas abis pantang

Lepas abis pantang, aku jaet beg utk along. Isi buku Iqrak dia tu..aku buat utk aku jugak. Aku nak isi aku punya bekal gi keja. Kain utk buat beg along ni, guna kain lebihan buat beg anak lilik. tapi beh nie terkecik la plak ( 11" x 9" x 2"). Tulisan sufi tu aku guna felt (beli ngan kawan internat gak...tpt aku mana ada jual kain nie). Suka along dpt beg nie


beg along...bole pakai gi ngaji..



ni aku punya beg..kain nie aku dapat dr Pn Ann (wmc)..aku beli kit jaetan beg..dalam tu ada sekali kain nie...tak tau nak buat beg apa..aku buat tote beg nie..gambar memula tu..aku dah letak isi..



Beg oshin

Aku jaet RE nie masa aku mengandung lagi..tak sempat jaet jadikan beg, aku dah bersalin..abih pantang aku sambung jaet..aku nk bg kat kawan sebenarnya. Dia org nie kembar..jadi aku buat 2..tak sempat bg lagi. Esok kot baru bg..asalnya nama pouch nie "beg oshin"(cikgu bg nama cam tu)..tapi bila aku dah letak tangkai..bukan la beg oshin lg namanya..jadi beg apa ya..hehehehe..apa² la...janji aku dah siap jaet & bole bg kat kawan aku tu..

ni rupa dia sebelum di tarik talinya

nie bila aku dah tarik tali beg tu..yg depan nie, talinya aku guna reben jer..aku punya tali beg abis la..tak sempat nak beli lg..harap nanti tuannya tak kecik ati..