Tuesday, November 9, 2010

Susu lagi

Biasanya kalau ibu menyusukan memang amik supplement....ada tak yg tak amik ek ( itu aku...di zaman dulu kala...waktu aku tak banyak pengetahuan...biarpon anak dah 3.....heheheheh...sengal kan..)

sekarang aku amik supplement....(ikut mcm kak mieja nie...ikut nasihat dia ...aku rasa tak terlambat ..walaupon Echa dah setaun lebih masa aku amik supplement...punya la cetek ilmu)

sekarang aku makan habatus sauda...omega 3...utk vitamin c (aku makan kapsul rosselle...minum air nya...pegaga ker apa² makanan tu aku makan juga..tapi mana sempat...sengkuang, pegaga, lobak putih + carrot)...dannnn aku tak nk stress...nanti susu sikit...jadi klu byk keja pon...hepi² kan juga...tapi kadang² bole...kadang² tak bole

Ni ha...aku nk paste satu artikel bes sebenarnya...aku jumpa kat susuibu.com
tapi aku lupa nk copy nama org yg antar artikel 2 (jadi kalau sesapa terbaca postnya ada kat blog aku...aku minta halalkan ilmu yg aku amik ni...)

Re: persiapan untuk banyakkan susu dari masa mengandung

Yang ini saya apply bukan sahaja untuk berniaga tapi juga untuk menyusukan anak dan saya combinekan, alhamdulillah ada perubahan positif. Walau kadang-kala susu merundum tapi hati saya tidak gelisah, panik, cemas....rasa lebih tenang dan berfikiran positif.

Suplemen untuk JIWA

* Jaga solat
* Jika ada kelapangan lakukan solat-solat sunat seperti solat Dhuha, solat taubat, solat hajat, solat tahajud
* Amalkan zikir Ya Matin(Kukuh)- perbanyakkan susu, zikir sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas, Insyaallah kesulitan kita akan lenyap
*Zikir Ya Wahhab(Maha Pemberi) - 300x setiap hari setelah selesai solat 5 waktu, akan termakbul permohonannya
* Zikir Ya Lathiff(Maha Penyantun/Halus) - 133x setiap hari, hikmahnya akan memperolehi taufiq dan hidayah dari ALLAH swt. Insyaallah akan berhasil dalam setiap usaha dan dilimpahi rezekinya
* Perbanyakkan istighfar dan selawat setiap hari (100x)
* Setiap malam baca Al Waqiah kerana ini adalah surah kekayaan dan dipermudahkan di dalam setiap apa yang kita lakukan. Sebelum baca baca dalam hati dengan niat untuk sedekahkan kepada suami, anak-anak, ibubapa kita, kaum Muslimin dan Musliman juga Insyaallah akan dilembutkan hati-hati mereka, dimurahkan rezeki juga
*Jangan lupa sebelum memulakan sesuatu bacalah Bismillah

Tips di atas ini adalah tips untuk murah rezeki, tak kesahlah rezeki susu ke, rezeki duit ke. Untuk murah rezeki pertama sekali kena sentiasa beristigfar, bertaubat dan lakukan solat2 sunat (betul kata ibuabi). Cubalah, memula nampak agak berat bila dah terbiasa jadi seronok.

No comments: