Thursday, November 19, 2009

Nafkah

Tadi baca blog Prof Kamil, citer mcm kat bawah tu. Aku pon sebenarnya samar² lg tentang nafkah..sbb tiap bulan bukan aku sorang yg kuarkan duit..byk "dia" la..tapi lain rupanya...kawan², bacalah apa yang aku amik dr blog Prof.

Tak bole nk linkkan la plak..tapi blog Prof Kamil ada kat tepi tu...mudah²an bole dijadikan panduan..



"Salam Prof dan para pembaca yang budiman,

Terlanjur Prof sudah menyentuh isu ini, izinkan saya ingin menambah. Dengan sedikit latar undang-undang yang pernah saya peroleh dan juga pengalaman menjadi peguam syarie yang tak berapa lama (8 tahun), saya banyak kali berhadapan dengan situasi begini dengan anak guam.

Isu isteri bekerja, maka suami tak perlu bayar nafkah sudah lama berlaku. Ramai isteri yang redha dan mengambil pendekatan seperti Puan Eda di atas. Benar, isteri boleh bekerja apabila suami izinkan. Tetapi, pendapatan isteri itu khusus untuk dirinya (suami tak boleh ‘pau’ gaji isteri).

Namun, itu tidak menggugurkan tanggungjawab suami daripada memberi nafkah kepada isterinya. Walaupun suami sudah beli barang-barang dapur dan keperluan rumah, itu masih lagi bukan nafkah diri.

Memanglah, adakalanya rasa serba salah hendak ‘meminta’ daripada suami, apatah lagi hendak menyatakan bahawa nafkah diri itu wajib ke atas suami. Suami akan guna alasan, “awak tu kan sudah bekerja” dan “barang keperluan dapur/rumah semua saya yang bayar”. Suami akan terus beralasan lagi bahawa ansuran rumah, kereta dan sebagainya juga dia yang bayar (misalnya).

Hukum tetap hukum. Nafkah untuk isteri tetaplah hukum juga. Oleh itu, isteri boleh bantu menggugurkan tanggungjawab suami itu (kalau tidak, nanti suami berdosa), dengan mengambil, contohnya, RM50 dan katalah, “bang, ini saya ambil buat nafkah bulan ni. nak beli lipstick” (contoh saja)

Ertinya, boleh ambil sedikit daripada wangnya – buat syarat. Lalu, tanggungjawab suami untuk beri nafkah pada bulan itu gugur.

Ada hadis yang menyebut (saya tak ingat matannya dan nama sahabat). Apabila wanita itu mengadu kepada Rasulullah tentang suaminya yang kedekut, Rasulullah bersabda, ambillah jumlah yang perlu untuk nafkah diri dan juga untuk anak daripada harta suaminya.

Para isteri pula, usahlah minta melebihi daripada kemampuan suami. Kalau suami bergaji kecil, mungkin boleh ambil RM20, nak beli buku (contohnya). Tapi, buku itu haruslah untuk dirinya. Bukan untuk orang lain. Bukan untuk beli barang untuk suami semula. (kalau beli, dan kemudian niat hadiah kepada suami, itu lain cerita).

Wallahu a’lam."

3 comments:

Aku_tulip said...

sama², mudah²an kita dapat sesuatu dr situ..

asmaa said...

sejak sy old blog akak dan jumpa blog prof kamil dari blog akak...terus beli bukunya dan 'wajib' baca blognya...amat bermanfaat kata-katanya kan...

Aku_tulip said...

asmaa betul tu...akak beli buku lain juga keluaran PTS...ayatnya tu bes..jadi kita tak jemu nk baca..blog prof kamil memang bes..sama ngan akak..pantang ada masa sket..masuk la kat blog dia .