Tuesday, June 16, 2009

kasut pink @ pink booties

Hujung minggu siapkan kasut kecik nie. Aku nak bagi kat anak kawan...paten nie pertama kali aku buat..tgk mcm cantik, apasalahnya cuba kan..paten tu dapat kat sini, tapi paten tu aku ada "adjust" sket..dah lama cari paten booties yg cam nie..ada jumpa tapi tak konfiden nk buat, jd paten nie jer la aku guna. Aku harap sangat kawan aku suka kasut kecik nie ..maklumla tak pernah buat, jaetan ngan lining nya tak berapa kemas. Bahagian luar kasut nie, guna kain felt, lining aku guna kain catton (catton murah jer, semeter rm 7, kain lebihan neesa punya alas -yang asalnya nak buat selimut)


rupa kasut yg aku buat..tak puas hati..mcm ada something tak kena la..tapi apa ek...hehehehe..sendiri buat, sendiri komen..mana bes..




Thursday, June 4, 2009

DISLEKSIA lagi

Ini ada lagi pasal disleksia....citernya sama mcm kat forum. Aku tgh cari maklumat pasal sindrom nie.

DISLEKSIA

Tadi terbaca ini kat forum (klu tak bole baca,...kena daftar dulu, log in baru bole)
-aku baca ni, untuk diri aku sendiri sebenarnya, tapi artikel nie bes, jadi aku simpan kat sini

DISLEKSIA



Definisi

Disklesia terdiri daripada dua perkataan Yunaniiaitu “DYN” bermakna kesukaran dan “LEXIA” bermakna bahasa. Secara literalnya,disleksia bermaksud “kesukaran dalam berbahasa” (Ott, 1997). Ia bukannya satupenyakit tetapi merupakan gangguan dalam pembelajaran kepada kanak-kanakseperti masalah membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira. Oleh itu,disklesia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca danmenulis tetapi mempunyai daya pemikiran yang normal. Manakala menurut SheilaDevaraj (2006), disleksia merujuk kepada masalah persepsi otak yang menyebabkankesukaran membaca dan menulis. Mereka yang menghadapi disklesia menghadapikesukaran menyebut
perkataan panjang dansukar memmpelajari turutan seperti nama bulan dan sifir dan setiap orang yangmenghadapi disleksia tidak akan sama dengan penghidap disklesia yang lain.Masalah disleksia tidak sama dengan Afasia iaitu penyakit yang disebabkan olehkerosakan saraf otak yang akan melumpuhkan kebolehan seseorang untukberkomunikasi. Selain itu, disleksia diakui bukan sahaja menjejaskan ingatan,bahkan juga kemahiran pengurusan diri dan kadang-kala turut mempengaruhikebolehan matematik (Samsilah Roslan, 2006). Jabatan Pendidikan Khasmendefinisikannya sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searasatau melebihi murid-murid biasa tetapi mengalami kesukaran atau kelemahan yangtinggi dalam kemhiran mengeja, membaca dan menulis.


Ciri-ciri

Kadangkala disleksia sangat sukar untukdikenalpasti kerana kanak-kanak normal
yang membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca tidak jauh bezanyadengan kanak-kanak disleksia. Menurut laman web Bright Solution For Dislexia, terdapat simptom yang tertentu dapatdiperhatikan mengikut peringkat umur persekolahan seseorang iaitu:

> Peringkat Prasekolah
  • Lambat bertutur
  • Mencampuradukkan bunyi dan suku kata dalam perkataan yang panjang seperti ‘hospital’ akan disebut ‘hostipal’.
  • Jangkitan telinga yang kronik
  • Reaksi yang teruk kepada penyakit kanak-kanak
  • Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai rima akhir sama iaitu apabila diminta memberikan perkataan yang sama bunyi pada akhirnya seperti ‘topi’, ‘api’, mereka akan memberikan jawapan salah seperti ‘baju
  • Sentiasa keliru antara kanan dan kiri
  • Lambat dalam menentukan tangan kanan atau kiri lebih dominan
  • Menghadapi
    masalah mengikat kasut
  • Sukar mengingati alamat, nombor telefon atau huruf
  • Mempunyai saudara dekat yang mempunyai disleksia


>Peringkat Sekolah Rendah
  • Disfragia iaitu tulisan tangan yang lambat, tidak automatik dan sukar dibaca
  • Berterusan membalikkan huruf atau nombor sehingga melepasi tahun 1
  • Mengalami kesukaran yang ekstrim mempelajari tulisan sambung
  • Masih ada masalah apabila memasang butang baju
  • Bacaan yang lambat, terputus-putus dan tidak tepat
-
selalumeneka perkataan berdasarkan kandungannya seperti perkataan ‘dia’ –
‘ada’ atau ‘lagu’ – ‘gula’
-
mencicirkanatau salah baca kata penghubung seperti di, pada
-
mengabaikankata awalan semasa membaca
-
tidakdapat membaca atau membunyikan perkataan yang tidak pernah dijumpai
  • sukar mengingati perkataan buka fonik dalam bahasa inggeris (sight word) seperti ‘eye’ dan ‘ear’
  • sukar memberitahu masa berdasarkan jam yang menggunakan jarum
  • mengahdapi masalah matematik
-
sukarmenghafal jadual sifir
-
sukarmengingati siri langkah-langkah operasi matematik
-
sukarmembuat operasi mental berkaitan arah
  • kesukaran mencari perkataan yang tepat semasa bertutur
-
banyakmenggunakan perkataan seperti “apa tu...”, “err....”
-
ucapanbiasa dituturkan dalam keadaan terbalik seperti “sikit-sikit, lama-lama jadibukit” mungkin dituturkan “lama-lama sikit-sikit jadi bukit”
  • bilik, beg atau meja tulis yang sangat berselerak.
  • Sangat tidak suka pergi ke sekolah
-
Mungkinmengadu sakit perur atau sakit kepala
-
Mengalamimimpi buruk mengenai sekolah.


>Peringkat Sekolah Menengah

  • Perbendaharaan kata yang terhad
  • Kelemahan yang sangat ketara apebila menulis sehingga terdapat perbezaan yang jelas antara kemahiran verbal (lisan) dan karangan
  • Tidak dapat menguasai bahasa asing atau bahasa kedua
  • Kesukaran membaca not muzik
  • Gred yang rendah dalam kelas
  • Mungkin keciciran di peringkat sekolah menengah

> Peringkat Dewasa

Orang dewasa yang mengalami disleksia akanmengalami pendidikan sama dengan peringkat prasekolah, sekolah rendah, danmenengah. Selain itu, mereka juga:
  • Membaca dengan lambat
  • Mungkin terpaksa membaca satu halaman dua hingga tiga kali untuk memahaminya
  • Selalu silap mengeja
  • Mengalami kesukaran melahirkan idea atau buah fikiran dalam bentuk tulisan
  • Oleh itu, mereka tidak suka menulis memo atauun surat
  • Masih mengalami masalah dengan arah seperti kiri atau kanan
  • Sering sesat walaupun dalam kawasan biasa
  • Kadang-kala keliru antara ‘b’ dengan ‘d’ terutamanya
    semasa penat atau sakit.